Monday, February 28, 2011

Sarawak tumpas 2-0 di tangan MP Muar

Sarawak tewas mengejut 2-0 di tangan MP Muar. Kekalahan tersebut amat mengejutkan apatah lagi selepas membelasah pasukan Pos Malaysia dengan jaringan 5-1 pada perlawanan sebelumnya. Apa jua alasan yang diberikan selepas ini tidak bermakna kerana TEWAS tetap TEWAS.. sikda apa k malu mun kalah =)

Saturday, February 26, 2011

Preview Match: MP Muar vs Sarawak


Muar
Premier League 2011
Sarawak 
Premier League 2011
TotalHomeAwayTotalHomeAway
Wins110312
Losses312000
Draws000110
Clean sheets000211
Avg. goals per match0.751.503.7534.5
Avg. goals conceded per match2.2522.511.50.5
Rank102

Mon

31/01/11

PRL
ATM3 - 0MuarMore info
Fri11/02/11PRLMuar0 - 2PKNSMore info
Mon14/02/11PRLJohor2 - 0MuarMore info
Sat19/02/11FACPKNS5 - 0MuarMore info
Fri25/02/11PRLMuar3 - 2Penang


Form pasukan MP Muar, tewas dalam 3 perlawanan pertama dan hanya mencatatkan kemenangan pertama ketika menentang pasukan tercorot dalam liga iaitu Pulau Pinang. Di atas kertas Sarawak mempunyai kelebihan untuk menundukkan pasukan MP Muar ini.


Mon31/01/11PRLPenang0 - 4SarawakMore info
Fri11/02/11PRLSarawak3 - 3Harimau Muda IIMore info
Mon14/02/11PRLSarawak3 - 0SDM Kepala BatasMore info
Sat19/02/11FACATM2 - 0SarawakMore info
Fri25/02/11PRLPos Malaysia1 - 5Sarawak


Sarawak pula bangkit daripada kekalahan kepada pasukan ATM dalam saingan Piala FA. Ayam tambatan baru Sarawak iaitu Bobby Gonzales meledak 2 gol dalam perlawanan menentang POS Malaysia. Berdasarkan prestasi semasa di atas kertas pasukan Ngap Sayot tiada masalah mencatatkan kemenangan ke atas pasukan MP Muar ini.

HEAD TO HEAD




MY PREDICTION : SARAWAK MENANG 4-0!!

Senarai Penjaring Gol Sarawak Selepas 4 Perlawanan Liga


Bobby Gonzales - 6
Zamri Morshidi - 2
Wong Sai Kong - 2
Khairol Azahar Edros - 2
Mazwandi Zakaria - 2
Asri Chu Chu - 1

Friday, February 25, 2011

Full Time: Sarawak ngencang Pos Malaysia 5-1

Stadium Selayang - Sarawak meneruskan rekod cemerlang 100% kemenangan di gelanggang lawan apabila membelasah Pos Malaysia 5-1.. Kemenangan terbesar season 2011 ini.. 

Sarawak mendahului 4-1 pada separuh masa pertama. Gol pertama Sarawak dijaringkan oleh left back Mazwandi Zakaria pada minit ke-23. Gol tersebut menerusi sepakan percuma seperti goal Ryan Giggs kata Lariwoo Junior..

Pos Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 selang 5 minit kemudian hasil jaringan Rosdi Shamsudin. Sarawak tidak berputus asa dan kembali mendahului juga 5 minit kemudian hasil jaringan Wong Sai Kong juga menrusi free kick ala Cristiano Ronaldo.. 

Sarawak terus mengasak dan beroleh gol ketiga menerusi jaringan penyerang sensasi Bobby Gonzales assist daripada Wong Sai Kong pada minit ke-41.. 

Selera Sarawak semakin besar apabila Bobby Gonzales sekali lagi meledak gol kedua nya untuk perlawanan ini juga hasil gerakan daripada Wong Sai Kong pada minit ke-44.. Tamat separuh masa pertama Sarawak mendahului 4-1.. 

Pada separuh masa kedua pasukan Sarawak melakukan pertukaran pemain apabila memasukkan Shahrol Saperi dan menggantikan dengan Wong Sai Kong. Perlawanan banyak berlegar di tengah padang dengan Sarawak bermain secara biasa untuk mengelakkan kecederaan di samping mengekalkan kedudukan semasa. 

Akhirnya Sarawak berjaya jua menjaringkan gol ke-5 perlawanan hasil tandukan deras ala Zlatan Ibrahimovic hasil jaringan Khairol Adzhar Edros pada minit ke-90..

Kemenangan ini telah membuktikan pasukan Sarawak telah melupakan kekalahan mereka kepada pasukan ATM di Piala FA minggu lepas. Kemenangan besar ini juga membuktikan jentera serangan Sarawak sangat berbisa dengan ayam tambatannya Bobby Gonzales meledak 2 gol.. 

Selain itu juga Sarawak juga telah menemui pakar sepakan percuma melalui Mazwandi Zakaria. Ini adalah jaringan ke-2 beliau musim ini dengan kedua-dua nya melalui sepakan percuma. Gol pertama beliau ketika menentang pasukan Pulau Pinang pada perlawanan pertama... 

Man of the match: Bobby Gonzales!!


Lineup 1st Eleven:
Aidil Mohamad (GK) - Yahhooooo.. keeper berat sik main
Hairol Mokhtar
Wong Sai Kong
Fareez Tukijo
Zamri Morshidi (C)
Asri Chu Chu
Azizan Saperi
Shahrizam Mohamad
Syaiful Sabtu
Bobby Gonzales
Mazwandi Zakaria

Preview Match: Pos Malaysia vs Sarawak

Lupakan episod duka apabila tewas seawal pusingan pertama 0-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia. Kita balik kepada matlamat asal perjuangan season ini untuk kembali layak ke Liga Super. Mungkin kekalahan pada tempoh hari ada hikmahnya dengan Coach Zaki dapat mengenal pasti beberapa kelemahan serta kekurangan dalam skuad Sarawak.

Berdasarkan statistik rekod pertemuan sebelum ini kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 2 kali iaitu pada musim lepas. Rekod menunjukkan kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang. Pada perlawanan pertama Pos Malaysia mengalahkan Sarawak dengan jaringan 3:2 dan pada perlawanan kedua Sarawak menewaskan Pos Malaysia dengan jaringan 3:1..

Pada perlawanan pertama Puvaneswaran meledak hatrik manakala jaringan pasukan Sarawak oleh
Sahran Abdul Samad dan Abg Mohamad Za'afar.
 
 Pada perlawanan kedua pada 23 April 2010, Sarawak telah mencatat kemenangan hasil jaringan Zamri Morshidi (35,73), Azian Saperi (69).


Head to Head
 
DateHome
AwayCompetition
Apr 23, 2010      Sarawak3 : 1    POS Malaysia  Premier League
Apr 19, 2010    POS Malaysia3 : 2    Sarawak Premier League

Man to Watch

POS MALAYSIA - Pada perlawanan yang pertama Puvaneswaran telah menjaringkan hatrik sekaligus membawa kemenangan 3-2 ke atas Sarawak.

SARAWAK - Meletakkan sandaran kepada gandingan penyerang Bobby Gonzales & Zamri Morshidi. Diharap kedua-dua pemain ini tidak mensia-siakan peluang yang terhidang petang ini.

My Prediction:

Sarawak menang 2-1

Monday, February 21, 2011

PREVIEW : SARAWAK vs ATM. PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2011.

by Firdaus Bin Mohamad on Friday, February 18, 2011 at 9:57pm

PREVIEW PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2011
ATM vs SARAWAK
JAM 4.15 PM, STADIUM SELAYANG.

The Crocs akan meneruskan perjuangan musim ini dengan bertandang ke stadium Selayang jam 415 petang esok menentang “soldadu pelindung bangsa” dalam pusingan pertama kalah mati Piala FA. Piala FA yang dijuarai pada tahun 1992 adalah silverware yang akan terus menjadi nostalgia dan kenangan buat seluruh peminat Sarawak.

Kedua-dua pasukan Sarawak dan ATM memulakan musim baru ini dengan cemerlang dengan masing-masing mengumpul 7 mata setelah mengharungi 3 perlawanan dan hanya kelebihan jaringan gol meletakkan Sarawak di tangga kedua setakat ini.

Setelah bermula garang dengan membenam skuad Harimau Kumbang 4-0 dalam perlawan pertama, The Crocs hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 dengan adik-adik Harimau Muda B. The Crocs bangkit dalam perlawanan ketiga dengan meneruskan trend jaringan besar dengan membaham SDM Navy 3-0.  

Serangan Sarawak yang diketuai dynamic duo Zamri- Bobby yang setakat ini berjaya meledak 7 gol dilihat agak ampuh dan mampu untuk merobek gawang ATM. Larian-larian kencang daripada Dzulazlan dan Asri Chu Chu di sebelah sayap bakal memberi ammunition yang cukup dan mengkucar kacirkan barisan pertahanan ATM. Wong Sai Kong dan Syaiful Sabtu di harap dapat menjadi nadi untuk menggerakan barisan tengah The Crocs. Satu aspek yang menggalakan pada musim berbanding musim-musim lalu adalah in depth skuad Sarawak. 

Barisan pemain simpanan yang berkualiti seperti superSharol Saperi ,superET serta Azizan Saperi ( adik superSharol) boleh dibawa masuk untuk mengubah corak permainan. Coach Zaki juga mempunyai pilihan untuk memasukkan impact playersseperti bakat muda Rayjal Jalil,anak kepada legenda The Crocs Jalil Ramli serta Khairul Edzhar Eidros yang menjadi tunjang serangan MP Muar musim lepas.

Barisan depan ATM yang diketuai pemain no.10 VENICE ELPHI AK DANNYKAYA serta pemain licik berpengalaman Faturazi Rozi bakal membawa ancaman kepada barisan pertahanan The Crocs. Barisan pertahanan yang terdiri daripada Fareez Tukijo, Hairol Mokhtar, Shahrizam Mohamad serta Maswandi Zakaria  harus lebih fokus dan tidak mudah hilang tumpuan seperti melepaskan 3 gol ketika bertemu Harimau Muda B tempoh hari.  ATM bakal membawa cabaran serta ancaman yang berbeza daripada lawan-lawan sebelum ini.

Kamek agak confident team boleh polah kejutan kat tempat lawan esok. Kekuatan pun sik jauh beza,minak harap team sik kalah bulu jak ngan ATM. Benda-benda kecik macam mistakes and moment of brilliance from any players might decide this encounter.AYUH PEMEGANG IC NO 13,JUH KITA GEGARKAN STADIUM SELAYANG !!

Selamat berjuang wira-wira bangsa!! RESULT BELAKANG KIRA, SEMENGATTT MAOK ADA!!! NGAP AJAK!!

Thursday, February 17, 2011

Pencapaian Piala FA Sarawak!




Berdasarkan rekod statistik prestasi pasukan yang bertanding dalam Piala FA, Sarawak berada di kedudukan ke-7 terbaik dengan telah menjuarai Piala FA sekali iaitu pada tahun 1992 dan menjadi naib juara sebanyak 2 kali iaitu pada 1996 & 2001.

Selepas itu aksi pasukan Sarawak agak longlai dan tidak berupaya mara ke perlawanan akhir selepas 10 tahun. Kali terakhir mara ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2001.

Adakah kita mampu melakukannya pada tahun 2011 ini? Sama-sama kita saksikan.. 


Pasukan Terbaik

#Pasukan----Kejuaraan----Naib Juara
1Selangor52
2Kuala Lumpur31
3Kedah31
4Negeri Sembilan2-
5Perak23
6Sabah13
7Sarawak12
8Terengganu12
9Pulau Pinang12
10Pahang11
11Johor1-
12Perlis-3
13Kelantan-
1



Keputusan Perlawanan Akhir
TahunJuaraNaib JuaraJaringan
2010Negeri SembilanKedah1-1 SMT (5-4 penalti)
2009SelangorKelantan1-1 SMT (4-1 penalti)
2008KedahSelangor3-2
2007KedahPerlis0-0 SMT (4-2 penalti)
2006PahangPerlis0-0 SMT (4-2 penalti)
2005SelangorPerak4-2
2004PerakTerengganu3-0
2003Negeri SembilanPerlis2-1
2002Pulau PinangPerak1-0
2001SelangorSarawak1-0
2000TerengganuPulau Pinang1-1 SMT (4-3 penalti)
1999Kuala LumpurTerengganu0-0 SMT (5-3 penalti)
1998JohorSabah1-0
1997SelangorPulau Pinang1-0
1996KedahSarawak1-0
1995SabahPahang3-1
1994Kuala LumpurSabah3-1
1993Kuala LumpurSabah2-1
1992SarawakKuala Lumpur2-1
1991SelangorPerak1-0
1990PerakSelangor4-2

Followers

Sponsored Link