Saturday, April 28, 2012

FAM bias!

N9 vs Felda United.. (ada hukuman?)



Perak vs Kelantan 





Pergaduhan teammate MP Muar

Selangor vs Kelantan




Funny and Messy

Sunday, April 22, 2012

FAS tidak puas hati denda FAM

FAM
FAM - Funny and Mysterious
Tarikh: April 21, 2012 KUCHING - Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan hukuman denda RM29,500 susulan kekecohan semasa perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak menentang Lions XII di Stadium Negeri di sini pada 17 Mac lalu. 

Presidennya Datuk Sudarsono Osman berkata, FAS sepatutnya diberi peluang oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memberi penjelasan sebelum sebarang hukuman dikenakan. 

"Hukuman denda RM29,500 itu sudah dianggap cukup berat kepada sumber kewangan FAS," katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini hari ini. 

Katanya beliau tidak pasti jumlah anggota keselamatan yang diperlukan oleh FAM dalam menyediakan kawalan di stadium pada setiap perlawanan. Menurutnya tidak kurang 300 anggota polis dan Rela ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada setiap perlawanan di Stadium Negeri di sini. 

 Pada Jumaat lalu, FAS dikenakan hukuman tersebut kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya pada perlawanan tersebut serta tidak mampu mengawal tindak tanduk penyokong mereka. Pada perlawanan tersebut, pasukan Lions XII dari Singapura mengatasi Sarawak 1-0, hasil sepakan penalti ketua pasukan Shahril Ishak pada minit ke-72. 

 Selain itu, kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000 kerana mengeluar kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan. Manakala pembantu jurulatih Mohd Farhan Abdullah digantung lapan perlawanan serta denda RM4,000 kerana mengasari pengadil tersebut. 

"FAS secara rasmi tidak mengetahui tentang keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang mendenda FAS dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media," kata Sudarsono. 

Mengenai tindakan penyokong tuan rumah membaling botol minuman ke padang dan menggunakan perkataan kesat terhadap pegawai perlawanan, beliau berkata, ia adalah di luar kawalan FAS termasuk penggunaan pancaran laser yang sukar dikesan apabila penyokong membawa masuk alat itu ke dalam stadium. 

Bagaimanapun, beliau tidak mahu memberi komen mengenai hukuman terhadap Mohd Hairol dan Mohd Farhan. 

"Saya merayu kepada penyokong setia Sarawak agar terus mematuhi undang-undang selepas ini dan terus menyokong pasukan Sarawak," katanya. - Bernama

Friday, April 20, 2012

Crocs penalized heavily for crowd disturbance

Football Association of Malaysia (FAM) has penalized the Sarawak Football Association (FAS) with the heaviest fine for crowd trouble in the Malaysian Super League (MSL) this year. 

Despite that, FAM stressed that the amount is minimal, and hoped that the penalty will be the last warning for FAS whom they claimed failed to control their home crowd. 

The disturbance which occurred during the end of the Sarawak versus Lions XII game saw some 2,000 fans gather in search for the referee whom they deemed as biased towards the team based in Singapore. 

FAS was ordered to pay RM29,500 as fine for crowd trouble, while Sarawak assistant coach Farhan Abdullah was suspended for eight matches due to violent conduct against the match referee. 

Also suspended was Sarawak captain Hairol Mokhtar whom will serve a three match suspension and was ordered to pay RM2,000 for arguing with the referee in the intense match. 

Sarawak FA has since appealed to their fans to keep calm during games, and the police presence has been heavy in the match against Kedah.



 p/s: WHAT ABOUT THE REFEREE?? FAM BIAS!

Wednesday, April 18, 2012

Sarawak 'disayot' di gelanggang sendiri

Sarawak terus menampilkan aksi longlai bermain di gelanggang sendiri. Malam tadi adalah antara corak perlawanan terburuk season 2012.

Pemain-pemain jelas kelihatan keletihan @ exhausted (in case RA ada maca blog i).. Kesemua first eleven adalah pemain yang sama main sebelum tok. Winger both side mmg nampak gilak sik terkabey aik.



Coach RA suppose to be trust and beri peluang dengan reserve player so that dapat cover tempat key player yang ada. Liga Super menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk bersaing dengan pasukan yang lain.

Kita ada winger seperti Azizan Saperi, Gurusamy (lom penah dlm bench gik), Khairul Azahar Edrous yang dapat memberikan aksi yang lebih bertenaga di bahagian serangan.. 

The day before match pasukan Kedah cancel training di Stadium Negeri they choose to have light training di padang Merdeka sebaliknya pasukan Sarawak turun ke padang training seperti sedia kala.

Dah la gap game 3 ari jak tambah gik routine training a day before match.. Pisan sik pisan tanyak player dikpun..

Jelas ketara gilak malam tadik - player keletihan.. It's not about over confident. If over confident memang banyak shoot on target malam tadik...

Kalah sik melawan..

Man of  the Match: Khyril Muhymeen


Pemain yang sangat berbakat dan skillful. Berupaya  dribbling dan shooting dengan kedua-dua belah kaki

Tuesday, April 17, 2012

Match Preview: Sarawak vs Kedah


Shahran Samad terus diberikan kepercayaan mengemudi bahagian pertahanan bersama Yosri Dermajoo

  • Sarawak belum tewas dalam 3 perlawanan terakhir.
  • Kedah tewas dalam 2 perlawanan terakhir sebelum ini terbaru tewas dengan Sarawak 0-2 di SDA. Sebelum itu turut kecundang 0-2 dengan Felda United.
  • Kedah memilih Vedran Gerc dari Croatia sebagai pemain import barunya bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu yang semakin tumpul dalam saingan Liga Malaysia.
  • Sarawak tidak mencatatkan rekod yang bagus bermain di laman sendiri. Dari 6 perlawanan home game, hanya berjaya mencatatkan 2 win, 2 draw and 2 loss.
  • Bagi Kedah pula, rekod away game juga tidak begitu bagus. Daripada 6 perlawanan away game hanya mencatat satu kemenangan 1-0 menentang Kuala Lumpur.
  • Pasukan Sarawak bebas dari sebarang kecederaan dan dijangka mengekalkan formasi kemenangan sebelum ini iaitu 4-5-1
  • Sani Anuar Kamsani yang dipanggil untuk latihan pusat menentang Sri Lanka akan terus diberi kepercayaan menjaga gawang gol. 
  • Asri Chu Chu yang semakin yakin dengan permainannya dijangka akan meneruskan jaringan pada malam ini.
  • Injury News: Rasyid Aya (2 minggu, muscle koyak) & Mazwandi Zakaria (6 bulan, operate lutut).
  • My prediction: Sarawak menang 4-0
Barisan Kemungkinan - First Eleven

Sunday, April 15, 2012

Statistik Sarawak : Round 1

** Awal madah statistik tok dipolah base on maklumat yang sedia ada. Sik dapat nak polah too detail. Tapi pakei rindok ati kita diat perkembangan team Sarawak.

Sarawak di tangga ke-8, 15 mata ketinggalan dengan pendahulu Lions XII



Terkini kita menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman
  • Berdasarkan keputusan semasa terutama di awal musim, Sarawak banyak kalah tipis akibat ketumpulan penyudah gol.
  • Prestasi menentang pasukan heavyweight seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan juga menunjukkan prestasi pasukan kita tidak jauh beza dengan pasukan elit tersebut. 
  • Pertahanan bolos sebanyak 13 gol daripada 14 perlawanan atau secara purata adalah 0.92 gol bagi setiap perlawanan. Pertahanan Sarawak adalah yang kedua terbaik di belakang pasukan Kelantan. Tahniah kepada Sani, Ramesh, Dzuladzlan, Yosri & Shahran Samad.
  • Bagi jaringan gol pula, Sarawak telah menjaringkan 17 gol daripada 14 perlawanan atau secara purata adalah 1.21 gol bagi setiap perlawanan. Satu angka yang cukup memberangsangkan. 
  • Senarai penjaring gol pula amat menarik. Dari 17 gol yang dijaringkan, 8 gol dijaringkan dari bahagian midfield.
  1. Asri Chu Chu - 4 Gol
  2. Vedran Muratovic - 3 Gol
  3. K. Ravindran - 2 Gol
  4. Guy Bwele - 2 Gol
  5. Shahrol Saperi - 2 Gol
  6. Zamri Morshidi - 1 Gol
  7. Hairol Mohktar - 1 Gol
  8. Sala Kone - 1 Gol
  9. Azizan Baba - 1 Gol
Penjaring terbanyak Sarawak setakat ini - Ashri Chu Chu


Prediction fasa ke-2:
  1. Dengan prestasi semasa serta graf peningkatan yang semakin bagus, pasukan Sarawak dijangka mampu meneruskan rentak kemenangan pada fasa kedua liga. Sasaran menjadi top 3 dalam liga adalah realistik.
  2. Apa yang paling penting adalah kecergasan pemain perlu dikekalkan dengan rotation posisi pemain penting agar tidak keletihan.
  3. Taktik 4-5-1 yang mula dipraktikkan memang sinonim sejak era Sheikh Zaki lagi. Dengan taktik ini, keupayaan menyerang dan bertahan adalah seimbang. Seperti jaringan yang dijaringkan oleh Shahrol Saperi menentang Kedah. Dengan taktik ini lebih ramai pemain midfield dapat burst into penalty box dan option untuk crossing dan passing lebih banyak.
  4. Next game lawan Kedah [home game]. Semoga Sarawak mampu mencapai kemenangan dan mengekalkan persembahan cemerlang mereka. 
My Prediction: Sarawak menang 4-0 menentang Kedah selasa ini


Friday, April 13, 2012

Sang Kenari 'Disayot' Sarawak!


Sang Kenari di NGAP sang buaya!

Sarawak mencatatkan kemenangan ke-2 di gelanggang lawan pada musim 2012 apabila menewaskan Kedah 2-0.

Gol Sarawak dijaringkan oleh:
  1. Shahrol Saperi min-72 (assisted by Joel Epalle)
  2. Ashri Chu Chu min-84  (assisted by Joel Epalle)
Formasi 4-5-1 berjaya menjinakkan Kedah
Kali ini ramalan beta tepat.. 
Komen captain pasukan Sarawak - Hairol Mokhtar
Ashri Chu Chu sekali lagi meledakkan gol dari luar kotak penalti. Kaki kanan you!

Video rangkuman jaringan Sarawak vs Kedah:

Kami di Kuching Sarawak goal tapi sik tauk sapa. Sukati mesen jak Guy Bwele score =p
Jaringan pertama rembatan SuperShahrol Saperi

Wednesday, April 11, 2012

Match Preview: Kedah vs Sarawak

Salam sejahtera semua,

Insya allah pada hari Jumaat ini pasukan Sarawak akan menentang Kedah di gelanggang lawan.. 


Berdasarkan kepada 5 perlawanan terakhir, kedua-dua pasukan telah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan. Jadi peluang untuk memenangi perlawanan adalah seimbang.. 

Pada perlawanan sebelum ini Kedah tumpas 0-2 di tangan PKNS manakala seperti kita sedia maklum Sarawak terikat 1-1 dengan Kelantan. 

Di laman sendiri Kedah agak konsisten dengan memenangi kedua-dua perlawanan menentang Selangor & Perak. Kebangkitan pemain import mereka iaitu Hamidan & Khyril Muhymeen perlu di ambil perhatian oleh pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Yosri Dermajoo.. 




Berdasarkan rekod, pertahanan pasukan Kedah tidak begitu konsisten dengan beza jaringan gol dan bolos adalah -6. Rangkaian serangan Sarawak harus mengambil kesempatan di atas prestasi yoyo penjaga gol Kedah iaitu Mohd Helmi Eliza. 
Kelemahan utama pasukan Kedah adalah aksi tidak konsisten penjaga gol mereka
Bagi pasukan Sarawak pula kita akan bakal beraksi tanpa 2 tonggak utama yang mengalami kecederaan di bahagian paha iaitu Rasyid Aya & K. Rajan. 

Berita baik pula adalah kapten pasukan Mohd Hairol Mokhtar & K. Ravi sudah mula menjalani latihan ringan setelah pulih dari kecederaan. 

Azizan Baba pula telah pulih sepenuhnya dan telah beraksi 10 minit terakhir menentang Kelantan pada hari Sabtu yang lepas dan bakal diturunkan di dalam kesebelasan utama Jumaat ini.

Sarawak dijangka menggunakan taktik 4-5-1 menentang Sang Kenari dengan beberapa perubahan kecil dilakukan oleh Robert Albert.. 


My Prediction: Sarawak menang 2-0


p/s: Link Radio Streamline -> Kedah.fm


Apa pula pendapat kitak orang yang lain?? 

Tahniah Ashri Chu Chu & Dzuladzlan Ibrahim

Tahniah kepada dua pemain utama Sarawak kerana terpilih mewakili Malaysia untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka pada 28 April 2012 nanti..

Kali tok, Ashri Chu Chu sik pergi sorang.. Nya akan ditemani kereta-tank Sarawak - Dzuladzlan Ibrahim..
At last K. Rajagopal select nya untuk merebut slot pemain pertahanan kanan Malaysia..

  1. Farizal Marlias (NS) 
  2. Syed Adney Syed Hussin (SAB) 
  3. Aidil Zafuan (ATM) 
  4. G.Mahathevan (NS) 
  5. Azmi Muslim (ATM) 
  6. Asrarudin Putra Omar (SEL) 
  7. Zulharis Mohd Noor (PKNS) 
  8. Dzulazlan Ibrahim (SAR) 
  9. Amirizwan Taj (ATM) 
  10. Helmi Rameli (PKNS) 
  11. S.Kunanlan (NS) 
  12. Safiq Rahim (SEL) 
  13. Venice Elphi (ATM) 
  14. Bunyamin Omar (SEL) 
  15. K.Gurusamy (SEL) 
  16. Christie Jayaseelan (ATM) 
  17. Ashri Chuchu (SAR) 
  18. Zaquan Adha (ATM) 
  19. Khairul Izuan Abdullah (PDRM) 
  20. Shakir Ali (NS).
Diharapkan agar mereka berdua dapat meyakinkan K. Rajagopal selaku pemain utama kebangsaan untuk masa yang akan datang.. 

Tahniah sekali lagi kepada Ashri & Dzuladzlan! Ngap Sayot!!



Diharap Ashri dapat menimba pengalaman untuk terus meningkatkan skil serta vision di atas padang nanti

Tuesday, April 10, 2012

Tahniah Hafiz.. Great example for all Sarawakian!

Credit to: Hafiz AF7 official Page at Facebook
Pertama sekali, tujuan posting ini dibuat bukan kerana salah wall or salah website tapi untuk memberikan semangat kepada semua pemain serta penyokong pasukan Sarawak.. 

Hafiz membuktikan bahawa betapa usaha yang keras dan gigih dapat membuahkan hasil walaupun tiada satu media massa yang menyebelahi beliau. 

Orang anok gine pun nya ignore ambik iktibar and ambil kritikan sebagai kritikan membina dan memandang dari sudut positif.. 

Tok nya sorang ajak.. Men bol 11 orang, penyokong 30 ribu orang.. sik patut kita semua sik dapat mencontohi attitude yang sama nak.. 

Orang provoke ka apa just be cool, be nice.. Kita tauk orang yang provoke ya sebenarnya making fool on himself.. Pa susah.. tetak kan nya balit =)

Sarawak selamanya! Tahniah Hafiz.. Mencatatkan sejarah dalam dunia seni menjadi orang Sarawak pertama menang Anugerah Juara Lagu + Vokal Terbaik & menang Anugerah Artis Popular..

Awan nano nano nano..

p/s: Don't worry blog tok tetap blog bol Sarawak.. Saja nak make thing cool.. Ada k senyum kita makey lawan Kedah Jemat tok.. Sidak madah ada Live dlm Astro ari Jemat tok.. 

Sunday, April 8, 2012

Kelantan nyaris DISAYOT Sarawak

Perlawanan malam tadi menyaksikan kehadiran penonton yang paling ramai setakat ini. Kira-kira 30,000 orang datang menyaksikan perlawanan tok. Senang cerita camne imagine rami sik rami, parking sampei KESUMA RESORT, sampei ke WISMA SESCO nun.. =)

Sokongan padu dari Gallore Buceros.. 


Credit : Nizam Fansuri
Pada minit ke-12 pasukan Ngap Sayot memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Joel Epalle diasak dari belakang oleh pemain Kelantan. Guy Bwele tidak mensesiakan peluang keemasan dengan melakukan curling shot dari jarak 25 yard ke sebelah kanan gol menewaskan Mohd Shahrizan Ismail. 

Pemain Sarawak meraikan jaringan gol
Penyokong Sarawak meraikan jaringan dengan penuh bergaya =)

Zamri Morshidi hampir menggandakan jaringan gol apabila beliau melepasi perangkap offisde akan tetapi memilih untuk melakukan bicycle kick sedangkan tiada seorang pun pemain Kelantan berhampiran beliau. Mungkin memikirkan dirinya dalam posisi offside.. 

Guy Bwele juga hampir menjaringkan gol pada minit ke 30 apabila gerakan satu dua beliau dengan Joel Epalle berjaya melepasi perangkap offiside tetapi penyudah yang lambat menyebabkan Shahrizan berjaya keluar menyelamatkan  keadaan.. Sepatutnya beliau merembat terus selepas mendapat hantaran Joel.. 

Gerakan satu dua yang hampir menambah gol Sarawak

Selepas itu pasukan Kelantan banyak menguasai perlawanan tetapi dinafikan oleh kekebalan benteng pertahanan diterajui oleh Yosri Dermajoo & Shahran Samad.. Makin best partnership nya duak tok.. 

Dalam perlawanan ini saya teruja melihat aksi K. Rajan yang melakukan larian solo serta membuat rembatan dari luar kotak penalti.. Sesuatu yang perlu dipelajari dan diambil contoh oleh pemain Sarawak yang lain... Ashri Chu Chu kelihatan gugup dalam perlawanan ini, mungkin kali pertama beraksi di stadium yang penuh sesak.. 

Daudsu berentap dengan Ashri Chu Chu

Begitu juga dengan Dzuladzlan yang kerap kali membuat kesilapan dalam membuat hantaran.. Walau apa pun, kekentalan pertahanan ini tidak dapat dinafikan dengan berjaya mengekang Indra Putra Mahayuddin.. 

Tamat separuh masa pertama - Sarawak 1-0 Kelantan.. 

Separuh masa kedua pula menyaksikan Sarawak menguasai perlawanan dengan beberapa siri serangan dari kiri dan kanan.. 

Guy Bwele terlepas peluang keemasan didepan pintu gol apabila cross dari sebelah kanan menemui beliau tetapi sepakan nya terkena badan pemain Kelantan untuk tendangan sudut.. 

Kawu star kah Indra? nahh aku nyepak ko.. Aksi Shahran Samad sangat berkesan meyekat jentera serangan Kelantan

Asakan demi asakan dari Ngap Sayot menyebabkan Bojan terpaksa memasukkan Norshahrul Idlan Taha pada minit ke-70.. 

Percaturan beliau berhasil apabila gandingan dengan Norfarhan Mohamad menemui jaringan pada minit ke-85. Gerakan dari sebelah kiri gol, crossing ke far post.. Norfarhan yang tidak dikawal merembat leret menggunakan kaki kiri.. 

Sarawak tidak berputus asa dan terus melakukan serangan dan hampir menjaringkan gol pada saat akhir perlawanan menerusi sepakan sudut apabila flying header Shahran Samad di tanduk keluar di atas garisan oleh pemain pertahanan Kelantan.. 

Tamat perlawanan. Seri 1-1..

Tan Sri Annuar Musa & Alan Vest turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi.
Credit to: Nizam Fansuri

Perlawanan tok membuktikan perkembangan pasukan Sarawak di atas landasan yang betul.. Next Game lawan Kedah...


Video Gol:


  Rating Player:
  1. Sani Kamsani - 8/10 * Banyak save and tenang menjaga gawang gol.. 
  2. Dzuladzlan - 6.5/10 * perlu improve confident level so that sik gugup or blur polah passing.. 
  3. Ramesh - 7.5/10 * Mr Reliable man menggunakan pengalaman yang ada berdepan Chanturu
  4. Yosri Dermajoo - 8/10 * Aksi beliau begitu mantap dengan mengekang striker import Kelantan.
  5. Shahran Samad - 8/10 * The best stopper yang pernah dimiliki Sarawak selepas Dahlan Matussin
  6. Ashri Chu Chu - 6.5/10 * Kurang menyengat dalam game ini.. Nervous? 
  7. K. Rajan - 8.5/10 * Sangat efektif di bahagian sayap.. 
  8. Shahrol Saperi - 8/10 * Berjaya shield centre back Sarawak.. dapat read game well
  9. Guy Bwele - 8/10 * Aksi agresif menjinakkan Piya di bahagian tengah.. 
  10. Zamri Morshidi - 7/10 * Lebih berbahaya di sebelah sayap.. serious pok... 
  11. Joel Epalle - 7.5/10 * Control ball ada class.. need partner yang lebih berkesan.. Dapat jadi feeder nya tok.
  12. Sub - Azizan Baba - 7/10 * 2nd Half masok untuk menguat jentera tengah.. Ok lah.. 

Followers

Sponsored Link