Sunday, December 23, 2012

Sarawak tumpas 2-4 di tangan ATM

Formasi 4-4-2




Rasanya line up kat atas tok bayangan 1st 11 for the coming season.

Gol Bobby Gonzales berpunca daripada corner from JKT nok mencarik ronny harun di near post .Ronny harun cross grounder & bobby gonzales tap in.

2nd goal ATM hasil daripada free kick mengancam irwan fadzli idrus. sweet left foot sepak bol ke top corner belah kiri sani. class!!

Then ATM tambah 3rd goal berpunca daripada misjudgement hairol on ATM's long ball. keadaan padang x membantu,hai-o berjaya lepas dr hairol, then polah sublime chip to get the ball over adil and into the net.

ATM's 4th goal lebih kpd miscommunication between hairol and adil. hairol igt aidl kluar dr line, adil igt hairol akan clear bol, ujong2 player atm cucok jak bol masok.

Sarawak's 2nd goal berpunca daripada free kick padu ala CR7 guy bwelle. sepakan deras mengelirukan GK atm,ditepis kluar..tp rebound sempat disambar shahran.

Final score 4-2.

Goalscorer: Bobby Gonzales & Shahran Samad

Kini JKT dan Guy Bwele dalam pasukan yang sama

Friday, December 21, 2012

Analisa prestasi Sarawak pada musim 2011

Peningkatan ketara pasukan Sarawak memberikan hasil. Sarawak berjaya mendapatkan khidmat ketua jurulatih Robert Albert di pertengahan musim liga. Pasukan Sarawak juga berjaya memancing goal-machine Bobby Gonzales untuk saingan kali ini.  

Percaturan Sarawak nyata tidak sia-sia apabila Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring utama dengan menjaringkan 16 gol pada musim tersebut. Hanya 3 gol dibelakang pemenang kasut emas dari pasukan MP Muar iaitu Mohd Fitri .

Sarawak berjaya layak ke Liga Super setelah menduduki tempat ke-2 dalam Liga Perdana Malaysia musim 2011. 

Hasrat Bobby Gonzales untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan tidak kesampaian. Maybe K Rajagopal tak nampak bakat beliau =)

Apabila dilihat prestasi pasukan Sarawak ternyata peningkatan yang sangat luar biasa. Dengan kehadiran Bobby Gonzales bergandingan dengan Zamri Morshidi, rangkaian ini berjaya menghasilkan 51 jaringan gol dari 22 perlawanan.

Secara puratanya 2.3 jaringan gol pada setiap perlawanan. 

Barisan pertahanan yang dikekalkan iaitu Mazwandi Zakeria, Dzuladzlan Ibrahim, Hairol Mokhtar & Shahran Samad berjaya menyekat asakan lawan dan hanya dibolosi sebanyak 16 gol! Satu jumlah jaringan yang paling sedikit dalam tempoh 5 tahun!

Inilah tunjang utama kekuatan Sarawak sejak dari zaman Alan Vest. Persefahaman memakan masa yang agak lama. Buktinya agak kukuh skuad veteran Sarawak berjaya melangkah ke final Piala FA.

Tewas 1-0 di tangan Selangor
 

KedPasukanPerMSKGJGBGDMata
Kelayakan atau penyingkiran
1PKNS FC (C) (P)221831517+4457Naik ke Liga Super Malaysia 2012
2Sarawak FA (P)2215345116+3548
3PDRM FA2212373628+839
4Johor FA2211383725+1236
5Sime Darby FC2210572212+1035
6USM FC2211293230+235
7ATM FA229762622+434
8Muar Municipal Council FC2284102942−1328
9Pos Malaysia FC227692636−1027
10Harimau Muda B2255122428−420
11Sinar Dimaja Mai Sarah FC (R)2232172263−4111Jatuh ke Liga FAM Malaysia 2012
12Penang FA (R)2211201461−474
Penjaring Terbanyak: Bobby Gonzales (16 Gol)

Kehadiran Bobby Gonzales menambah sengat di jentera serangan

Analisa prestasi pasukan Sarawak pada tahun 2010

Tahun 2010 merupakan tahun kebangkitan pasukan Sarawak. Dibimbing oleh Sheikh Zaki prestasi pasukan Sarawak jauh lebih teratur dan meyakinkan. 

Sarawak dikejutkan dengan perpindahan kapten pasukan iaitu Joseph Kalang Tie ke Terengganu. Dengan mengekalkan 'core' player, Sheikh Zaki berjaya dalam misi mengangkat semula confidence level pemain bujang senang.

Untuk season 2010 - Peningkatan ketara dalam jentera serangan dengan 42 gol daripada 22 perlawanan. Dari segi purata adalah 1.9 jaringan gol bagi setiap perlawanan. 

Barisan pertahan turut berjaya diperkemaskan dengan diketuai oleh Hairol Mokhtar. Daripada 22 perlawanan hanya dibolosi 34 jaringan gol iaitu 1.5 jaringan gol bolos bagi setiap perlawanan. 

Sarawak mengakhiri musim 2010 di tangga ke-6. Prestasi yang boleh dibanggakan jika dibandingkan tempat kedua tercorot pada musim 2009.

Penjaring Terbanyak Musim 2011: Zamri Morshidi (11 Gol)

Zamri Morshidi mengekalkan prestasi sebagai penjaring utama Sarawak

Kedudukan akhir Liga

Per = Perlawanan bermain; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jaring; B = Bolos; BJ = Beza jaringan; Mt = Mata
KedPasukanPerMSKJBBJMtKelayakan dan Penyingkiran
1Felda United (J)22155248123650Layak ke Liga Super Malaysia 2011
2Sabah22153442142848
3PKNS22143556183845
4ATM22119249183142
5Harimau Muda22114749391037
6Sarawak2211474234837
7PDRM2284103741-428
8Pos Malaysia2273124143-224
9Staf USM2265112840-1223
10MP Muar2253141968-4818
11Melaka2243153168-3715Tersingkir ke Piala FAM 2011
12Shahzan Muda2212191562-475


Skuad Sarawak 2010
Ketua Jurulatih:
Tuan Haji Zaki Sheikh Ahmad

Penjaga Gol:
Mohd Suffian Abdul Rahman
Abdul Ghani Anuar
Habib Mohd Arshad

Pertahanan:
Mohd Fadly Kassim (C)
Mazwandy Zekaria
Shahran Abdul Samad
Mohd Hairol Mokhtar
Firdaus Morshidi
Abdul Aziz Ismail
Morris Jagan

Tengah:
Abang Mohd Zaafari
Mohd Dzulazlan Ibrahim
Sharol Saperi
Mohd Fareez Tukijo
Wong Sai Kong
Rafiz Abu Bakar

Penyerang:
Zamri Morshidi
Azizan Sapperi
Sufrizal Ismail
Azralan Azmi
Effendi Malik
Mohd Hadera Bakri


Analisa Prestasi Pasukan Sarawak dari tahun 2009

Liga Perdana Malaysia 2009 merupakan edisi ke-6 Liga Perdana Malaysia sejak perubahan format Liga Malaysia pada 2004. Liga ini bermula pada 9 Januari 2009. Terdapat 14 pasukan yang menyertai liga pada musim ini.

Pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Malaysia 2009:
¹ - Sarawak tersingkir dari Liga Super Malaysia edisi 2008
² - Dinaik taraf dari Piala FAM

Carta Liga

Perlawanan liga tamat pada 2 Ogos 2009.
P = Perlawanan; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jarigan; B = Bolos; BJ = Beza Jaringan; Mt = Mata
KedPasukanPMSKJBBJMtKelayakan dan Penyingkiran
1Harimau Muda (J)24202249163362
2T-Team24176158114757Layak ke Liga Super Malaysia 2010
3Johor24163548153351
4Kuala Lumpur[1]24145546182847
5Proton24124840251540
6Felda United2410772923637
7PKNS248792024-431
8Shahzan Muda2466112735-824
9Sabah2457121831-1322
10ATM2456131952-3321
11Melaka2439121732-1518
12Sarawak2436152957-2815
13SDM Kepala Batas241419971-627Tersingkir ke Piala FAM 2010
14MBJBPenyertaan dibatalkan
Nota
Penyertaan MBJB dalam Liga Perdana Malaysia telah dibatalkan oleh FAM dengan alasan gagal menjelaskan premium insurans dalam masa yang ditetapkan.

Statistik Pasukan Sarawak
    - Berdasarkan statistik, purata jaringan pasukan Sarawak adalah 1.2 jaringan gol pada setiap perlawanan. 27 jaringan gol dapat dihasilkan daripada 24 perlawanan. Separuh dari jaringan ini disumbangkan oleh Joseph Kalang & Zamri Morshidi
    - Penjaring terbanyak adalah Joseph Kallang Tie (11 Gol) dan diikuti oleh Zamri Morshidi dengan (10 Gol).
    - Dari segi bolos gol, pasukan Sarawak adalah pasukan ketiga paling banyak dibolosi lawan dengan 57 bolos iaitu dari segi purata 2.4 Gol bolos bagi setiap perlawanan!
    - Sarawak hampir tersingkir ke Liga FAM pada musim ini
Joseph Kalang berentap dengan Bosigwa


Thursday, December 20, 2012

Peraduan - 10 Dirham Untuk Dimenangi!

Public Gold Sarawak - www.publicgoldsarawak.com selaku penaja rasmi blogspot ini menganjurkan peraduan yang sangat mudah iaitu mencari maklumat Pemegang rekod penjaring terbanyak pasukan Sarawak sehingga ke hari ini (1980 - 2012):

Format amat mudah:
  1. Emailkan kepada admin di hafizul_hakim@publicgoldsarawak.com maklumat berikut seperti Nama Penuh, No HP, Email serta bukti sokongan jawapan anda. 
  2. Penyertaan ini hanya untuk warga Sarawak (pemain, jurulatih juga boleh turut serta!) 
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 December 2012
10 Dirham (silver coin) keluaran Public Gold bernilai RM140++ hari ini

Sunday, December 16, 2012

Sarawak hampir mengejutkan skuad Ong Kim Swee




Stadium Kilat, Port Dickson - 

Sarawak hampir berjaya menewaskan skuad Harimau Muda A apabila seri 1-1. Jaringan penyamaan skuad Ong Kim Swee dijaringkan pada minit terakhir pada minit ke-88 oleh HM A Ferris Daniel. 

Terlebih dahulu skuad ngap sayot mendahului pada minit ke-55 hasil rembatan jarak jauh 'new signing' Mafry Balang.. 

Dengan keputusan ini, pasukan Sarawak masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan pemanas badan menjelang pembukaan Liga Malaysia 2013 akan datang.. 

Perlawanan seterusnya adalah menentang skuad Selangor.. 

Mafry Balang

Friday, December 14, 2012

Eksperimen Pertama RA Berjaya

Sarawak berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 dengan penyerang sensasi Bobby Gonzales menjaringkan jaringan tunggal.

Antara aksi perlawanan. Sumber: n9kini.com


Tahun ini Sarawak diperkuatkan oleh 'Triquesta' - Joseph Kallang, Bobby Gonzales & Ivan Babic.

Perlawanan kedua siri jelajah semenanjung akan menentang skuad Ong Kim Swee. 

Bobby Gonzales membisak gawang N9 pada perlawanan pertama Friendly Match

Tuesday, December 4, 2012

Transfer News: Safee Sali Sertai Johor?



Khabar angin bertiup kencang mengatakan Penyerang Sensasi Negara, Safee Sali bakal menyertai Johor.



Safee ditawarkan gaji paling lumayan iaitu sebanyak AS$15,000 (RM45,752) sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).


"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.
Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya," katanya.
Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.
Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.
Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.
Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.
Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.

Sunday, December 2, 2012

Mohamad Ghaddar (bekas penyerang import Kelantan) bakal menyarung jersi Sarawak..



Sumber risikan mendapat maklumat bahawa Sarawak bakal menguji Mohammad Ghaddar sebagai peyerang import mereka. 

Seperti di umukan oleh Tan Sri Annuar Musa, Ghaddar tidak lagi menyambung kontrak bersama pasukan Kelantan kerana demand kenaikan gaji 100%. 

Berduit juak duhal Sarawak.. Mun benar, ada heng bagus juak.. =)
Apa komen anda semua....

Penyerang antarabangsa Lebanon ini telah meledak 9 gol dalam Liga Super 2012

Followers

Sponsored Link