Thursday, October 23, 2014

Fantasy Football: Gameweek 8


Team Kelapa Cap Laut mula mengorak langkah.. 20 point di depan pencabar terdekat iaitu FC Jogabonito. 

Pemenang bakal memenangi 1 gram emas berketulenan 999.9 tajaan Public Gold Sarawak.



Wednesday, October 8, 2014

Game 7: Kedudukan Fantasy Premier League


Selepas 7 perlawanan kedudukan liga Fantasy Premier League anjuran Shoot Sampei Bisak & Public Gold Sarawak telah menarik minat 42 orang peserta. 

Kedudukan minggu ini diterajui oleh pasukan FC Jogabonito. Setiap minggu akan diadakan update supaya setiap manager lebih alert dengan kedudukan semasa.



Pemenang bakal menerima hadiah 1 gram emas 999.9 keluaran Public Gold. 

"Ultimate Wealth Protector"

Untuk tahu lebih lanjut tentang emas Public Gold ini sila layari: Link

Tuesday, September 30, 2014

[Transfer News]: Pemain yang dikekalkan & di gugurkan

Salam sejahtera,
Lamak udah sik update blog tok stegal dah berisik facebook page.
Ok kita fast forward, setakat jam 5:20 petang tarikh 30/09/2014 tok adalah update:

Transfer (Out):

  1. Sani Anuar
  2. Mafry Balang
  3. S Chanturu
  4. Junior Eldstal
  5. Rasyid Aya
  6. Akmal Rizal (released).
  7. Reeshafiq Alwi (released)
  8. Zamri Morshidi (released bersyarat, mesti fit within one month tok). 
Transfer (In):
Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Sarawak untuk menggantikan tempat Junior Eldstal. 

G. Mahathevan

Born: May 31, 1988 (age 26)
Height: 1.90 m

Posisi Asal: Defender
Posisi ketika mewakili skuad kebangsaan: Midfielder (Feb 2011)
Rozaimi Rahman - Malaysia U23
Rozaimi Abd Rahman (Link Goal.Com Malaysia)

Friday, September 27, 2013

Our very 1st Edition: Sarawak Invincible Memory! Limited Edition


Sarawak Premier League Champion T-Shirt 
(Code: HH001) 

Price Tag: RM35 only

Info:
Sarawak recorded a 22 match unbeaten in Premier League 2013! 10 straight games win! Crowned as champion with 1 game left!

Limited edition! Book now!

Whatsapp or sms me at 019-8884452 with your details for booking purpose:
1. Full name
2. Email
3. Handphone
4. Tshirt Code Number & Size
5. Location


Front View
Back View

Wednesday, September 25, 2013

Previu Quarter Final: Sime Darby vs Sarawak

Suku akhir pertama: Sime Darby vs Sarawak
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Posting tok tentang previu perlawanan penting melibatkan 2 pasukan yang telah layak ke liga Super tahun depan iaitu Sime Darby & Sarawak.

Di atas kertas sudah pasti Sarawak mempunyai kelebihan selepas menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan dengan jaringan yang besar ke atas Perak.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum tok, empat kali dah bertemu sama dirik:

10.05.2013PLSarawak FA1-0Sime Darby
21.01.2013PLSime Darby0-0Sarawak FA
06.05.2011PLSime Darby1-1Sarawak FA
11.03.2011PLSarawak FA0-2Sime Darby

Dari empat pertemuan, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Kali terakhir perlawanan pada saingan Liga Perdana 2013 di mana pasukan Ngap Sayot mengalahkan Sime Darby dengan jaringan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Pada waktu itu, pasukan Sarawak telah berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Sime Darby sepanjang perlawanan liga sebelum itu & sekaligus membangkitkan semangat juang pemain dan akhirnya berjaya merangkul Piala Liga Perdana 2013. 

Saingan peringkat kumpulan Sime Darby

  • Pasukan Sime Darby sangat cemerlang dalam peringkat group. Sidak ngalah team ATM 3-4 di stadium lawan & mengalahkan Selangor 3-0 di laman sendiri. Keupayaan mengalahkan pasukan 'gergasi' liga Super perlu di ambil perhatian oleh semua pemain Sarawak agar jangan overconfident. 
  • Pemain paling bahaya dalam pasukan ini semestinya penyerang berbisa mereka iaitu Karlo Primorac yang telah menghasilkan 4 goal dalam saingan Piala Malaysia. Beliau juga merupakan pemenang kasut emas Liga Perdana 2013 dengan menghasilkan sebanyak 24 gol! Bekas pemain Croatia bawah 21 tahun ini perlu di ikat mena-mena agar sik mempunyai peluang langsung untuk menghasilkan gol.
Karlo Primorac dikawal ketat oleh barisan pertahanan semasa saingan Liga Perdana 2013. Pada perlawanan ini Sarawak mengalahkan Sime Darby dengan jaringan 1-0
Bagi pasukan Sarawak pula, kekuatan mereka adalah pada keseimbangan kesebelasan pemain & sokongan penyokong yang begitu padu. Makin kuat disorak makin jadi olah pemain Sarawak. 

Apa yang kita harapkan adalah agar pemain bertenang ketika menghadapi perlawanan. Target adalah untuk mendapat advantage away goal. Mun menang ya adalah satu bonos. Dikhabarkan juak kali tok match tok bakal dihadiri oleh ribuan anak Sarawak & Sabah yang bakal mengegar Stadium Senyalang, Kuala Lumpur Sabtu tok. Jangan lupak datang pakei baju merah embak bendera Sarawak!

Ada LIVE kah sik? Belum ada hitam putih confirmation. Dah check dalam Astro & Jadual Rancangan TV1 belum ada clear cut madah match tok bakal ada LIVE. Harapan kita semestinya ada LIVE nak. 

Barisan kemungkinan:
  1. Sani Anuar Kamsani (GK)
  2. Mafry Balang
  3. Ramesh Lai
  4. Hairol Mokhtar
  5. Ronny Harun
  6. Joseph Kalang Tie (c)
  7. Zamri Morshidi
  8. Guy Bwele
  9. Junior Eldstal
  10. Bobby Gonzales
  11. Muamer Salibasic

Bah, mun ktk orang nak merik kata-kata ucapan semangat dengan player Sarawak silakan di ruangan komen atau Like Fan Page website tok di link tok: FB PAGE

Tuesday, September 24, 2013

Match Report: Sarawak ngencang Perak 6-1. Who's the real cap ayam team, please stand up!

"Sarawak fan give a good lesson to Perak team & their management- Robert Alberts"
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
Sorry, mintak ampun banyak-banyak ngan ktk orang lamak dah sik update blogspot tok. Bukan nya sik ada nangar bol tapi kekangan masa untuk nulis tok sebenarnya mala tertangguh. 

Ok, semua masih segar dalam ingatan kemenangan besar 6-1 lawan Perak pada Sabtu lepas. Rami orang rata-rata sangat berpuas hati dengan game ya bak kata kawan kamek yang first time nangar bol:

"Gilaa lahhh main bol tok.. Rupanyaa best benar nangar bol live di stadium gitok. Happening & patut juak ktk orang madah #NoLiveNoProblem. Next game kamek nak meli tiket awal & jersi Sarawak pakei nangar bol. Kenaklah kamek sik tauk awal hal bol tok owh.." <- Semangat patriotik dah timbul.. Saya ok jer.. 

Tifo Boyak merik warning. Dengar khabar tifo tok hangus disebabkan kebakaran akibat flare yang dinyalakan 

Sedikit Ulasan Game Sarawak bantey Perak
Admin turun awal ke stadium hari ya kira-kira jam 6:30 petang sebab dapat info rasmi dari rakan di FAS tiket dah sold out! And keputusan saya turun awal hari ya tepat sebab bila dah masok ke tempat berbumbung B dalam ya dah penuh dengan orang. 

Suasana crowd yang sangat hebat diketuai oleh Gallore Buceros (GB13) menyebabkan semangat player Perak goyah. Even suara penyokong Perak pun langsung x kedengaran. Bak kata member #gengbelakangbenchSarawak ney suara sidak UltraPerak tek.. 

Sebelum match bermula, admin ada perati corak gameplay Perak. Kelemahan paling utama sidaknya adalah bek tengah tinggi lampai kedak Kane adik Undertaker iaitu Rafael Souza. Kekuatan nya memang pada perebutan bola di udara tapi mun part speed. Nya hanco sebab nya bukan Usain Bolt. So mun nak madah Perak kalah setegal rasuah memang bull#### lah sebab dari segi taktikal mudah dibaca. Even saya yang xda lesen coaching pun tauk ;)))

Buktinya apabila 2 daripada gol pasukan Sarawak adalah mistake dari nya tok. 
Liabiliti utama Perak: Rafael Souza

1st mistake - 2nd goal Sarawak melalui Bobby Gonzales dapat beat speed Rafael Souza
2nd mistake - leka dribble ball simple jak Junior Eldstal lob ball ke atas, GK Perak miskick & Muamer Salibasic dengan cool slot in 3rd goal for Sarawak. 

Apa yang menarik tentang match tok juak adalah perasan sik ktk orang, Junior Eldstal dah pandei heading ball masa set piece. Bagi sidak yang selalu diat nang faham apa maksud admin lah.. Dua set piece hantaran jauh dari Ronny Harun (boss tahniah sebab di sponsor kasut but baru) berjaya menghasilkan gol. 

Gol minit ke-5 nang sah-sah sama seperti goal lawan Lions XII ariya di Kuching. Sama juak gol kedirik sebab sik nampak sine tuju bol stegal Junior tinggi gilak.

Gol Zamri Morshidi pada 2nd half turut berpunca dari hantaran jauh Ronny Harun, di flick header ke belakang oleh Junior Eldstal & Zamri Morshidi menebus rasa bersalah nya yang menyebabkan goal pertama Perak dengan flying header. Goal yang bergaya & celebration goal yang cool.. 

Part lain admin nak komen adalah kombinasi attack kita yang pelbagai menyebabkan corak attacking kita sukar dibaca. Malam ya Perak terlalu fokus kepada Joseph Kalang Tie tapi lupak dengan jentera midfield lain yang turut berkemampuan untuk menghasilkan gol.

Goalkeeper tangkas:
Sani Anuar Kamsani
** Aerial sikda masalah. Konfiden dengan tangkapan kemas. Positioning pun bagus. Banyak polah save malam ya. Ketenangan nya mirip dengan Legendary Mazlan Wahed. 

Defend superb. Makin hari makin serasi. Kombinasi:
Mafry Balang - Hairol Mokhtar - Ronny Harun - Ramesh Lai

** Mafry Balang & Ramesh Lai deduak jenis bengkeng nak di lepas. 
** Both centre back cool. Sik banyak neriak, sik banyak nerais.. Bila kenak tembus diam ajak. Gia orang.. Siboh nak nengkar-nengkar.. 

Jentera midfield:

Joseph Kalang Tie - Guy Bwele - Junior Eldstal - Zamri Morshidi 
** Winger sik mengecewakan. Deduak ada idea mcm ney nak menggerakkan attacking. Selamak tok penyakit pemain Sarawak (beberapa musim lepas) apabila midfield dapat bol, sikda orang polah running off ball & create space untuk di pass. Kali tok dah totally berubah... Sia sitok Zamri Morshidi & Joseph Kalang berekot.. 
** Kombinasi Guy Bwele & Junior Eldstal pun sangat memberangsangkan. Guy dah konfiden nait atas sebab Junior dapat backup di belakang. Ketinggian yang ada pada Junior dapat shield centre back dari asakan bola di udara terutama ketika goal kick or free kick pihak lawan. 

Jentera serangan: 
Bobby Gonzales & Muamer Salibasic

** Deadly finishing. Dapat peluang kali tok sidak dengan tenang dapat menjaringkan gol. Sik perlu shoot koat-koat sampei net tiang gol bubus. Asal limpas garisan gol dah kira gol. 
** Kecederaan Bobby Gonzales menyebabkan nya dikeluarkan & Joseph Kalang Tie ditugaskan di bahagian serangan. Rasanya Joseph Kalang Tie ada sigek peluang shooting outside box masa first half tapi sikit gik menghasilkan gol. 

** The return of Ashri Chu Chu.. Siap, nya dah start main.. Belum fit gik ya.. Crossing serta vision nya masa second half memberikan bayangan kepada kita lineup reserve nektok pun makin mantap. Sik bingung sebab banyak choice. 

Man of the Match:
Muamer Salibasic penyerang import yang dicari-cari selamak tok
** Ciri-ciri striker yang di idamkan oleh setiap pasukan. Dapat idup kedirik, control ball & assist teammate. Mempunyai tendangan kaki kiri yang sangat kuat. Goal ke-5 (ruang antara GK Perak & tiang gol nang kecik.. dapat nyelit juak ball ya)
** Admin suggest: Ikat kontrak awal before team belah nun nak ngaco set up team for next season.
Video: Rangkuman Jaringan Gol 

Gambar match Credit to: Nizam Fansurie (Dunia Sukan Online)
Admin di kawasan tengah-tengah. Minit ke-7 sidah dah dudok diam. 
Penyokong Perak dibawa masuk ke stadium oleh marshall ke lokasi mereka di Berbumbung (Gate B)
Penyokong setia OKU


1st Eleven Perak


Dari kiri (belakang): Sani Anuar (GK), Ronny Harun, Hairol Mokhtar, Mafry Balang, Junior Eldstal, Muamer Salibasic
Kiri (depan): Bobby Gonzales, Zamri Morshidi, Ramesh Lai, Guy Bwele, Joseph Kalang Tie (El Captino)
Seperti biasa abis match player Sarawak polah salute dengan penonton atas sokongan yang tidak berbelah bahagi



Ini merupakan kekalahan TERBESAR di dalam karier saya sebagai seorang jurulatih - Azraai Khor Abdullah


"Not bad for team cap ayam beating Super League team with a very big margin" Robert Alberts. 
cc: #JohanEraFM #Johara

Dari kiri: Amar Sudar, Papin, Ashri Chu Chu, Shahran, Mazwandi, Azizan Baba

Kad kuning kepada Zamri Morshidi. 

Selepas dikeluarkan oleh Azraai Khor, Rafael Souza protes terus masuk bilik persalinan. Punca gol ketiga Sarawak akibat kesilapan beliau. 

Paulo Rangel dikawal ketat oleh Junior Eldstal

Sunday, December 23, 2012

Sarawak tumpas 2-4 di tangan ATM

Formasi 4-4-2




Rasanya line up kat atas tok bayangan 1st 11 for the coming season.

Gol Bobby Gonzales berpunca daripada corner from JKT nok mencarik ronny harun di near post .Ronny harun cross grounder & bobby gonzales tap in.

2nd goal ATM hasil daripada free kick mengancam irwan fadzli idrus. sweet left foot sepak bol ke top corner belah kiri sani. class!!

Then ATM tambah 3rd goal berpunca daripada misjudgement hairol on ATM's long ball. keadaan padang x membantu,hai-o berjaya lepas dr hairol, then polah sublime chip to get the ball over adil and into the net.

ATM's 4th goal lebih kpd miscommunication between hairol and adil. hairol igt aidl kluar dr line, adil igt hairol akan clear bol, ujong2 player atm cucok jak bol masok.

Sarawak's 2nd goal berpunca daripada free kick padu ala CR7 guy bwelle. sepakan deras mengelirukan GK atm,ditepis kluar..tp rebound sempat disambar shahran.

Final score 4-2.

Goalscorer: Bobby Gonzales & Shahran Samad

Kini JKT dan Guy Bwele dalam pasukan yang sama

Friday, December 21, 2012

Analisa prestasi Sarawak pada musim 2011

Peningkatan ketara pasukan Sarawak memberikan hasil. Sarawak berjaya mendapatkan khidmat ketua jurulatih Robert Albert di pertengahan musim liga. Pasukan Sarawak juga berjaya memancing goal-machine Bobby Gonzales untuk saingan kali ini.  

Percaturan Sarawak nyata tidak sia-sia apabila Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring utama dengan menjaringkan 16 gol pada musim tersebut. Hanya 3 gol dibelakang pemenang kasut emas dari pasukan MP Muar iaitu Mohd Fitri .

Sarawak berjaya layak ke Liga Super setelah menduduki tempat ke-2 dalam Liga Perdana Malaysia musim 2011. 

Hasrat Bobby Gonzales untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan tidak kesampaian. Maybe K Rajagopal tak nampak bakat beliau =)

Apabila dilihat prestasi pasukan Sarawak ternyata peningkatan yang sangat luar biasa. Dengan kehadiran Bobby Gonzales bergandingan dengan Zamri Morshidi, rangkaian ini berjaya menghasilkan 51 jaringan gol dari 22 perlawanan.

Secara puratanya 2.3 jaringan gol pada setiap perlawanan. 

Barisan pertahanan yang dikekalkan iaitu Mazwandi Zakeria, Dzuladzlan Ibrahim, Hairol Mokhtar & Shahran Samad berjaya menyekat asakan lawan dan hanya dibolosi sebanyak 16 gol! Satu jumlah jaringan yang paling sedikit dalam tempoh 5 tahun!

Inilah tunjang utama kekuatan Sarawak sejak dari zaman Alan Vest. Persefahaman memakan masa yang agak lama. Buktinya agak kukuh skuad veteran Sarawak berjaya melangkah ke final Piala FA.

Tewas 1-0 di tangan Selangor
 

KedPasukanPerMSKGJGBGDMata
Kelayakan atau penyingkiran
1PKNS FC (C) (P)221831517+4457Naik ke Liga Super Malaysia 2012
2Sarawak FA (P)2215345116+3548
3PDRM FA2212373628+839
4Johor FA2211383725+1236
5Sime Darby FC2210572212+1035
6USM FC2211293230+235
7ATM FA229762622+434
8Muar Municipal Council FC2284102942−1328
9Pos Malaysia FC227692636−1027
10Harimau Muda B2255122428−420
11Sinar Dimaja Mai Sarah FC (R)2232172263−4111Jatuh ke Liga FAM Malaysia 2012
12Penang FA (R)2211201461−474
Penjaring Terbanyak: Bobby Gonzales (16 Gol)

Kehadiran Bobby Gonzales menambah sengat di jentera serangan

Analisa prestasi pasukan Sarawak pada tahun 2010

Tahun 2010 merupakan tahun kebangkitan pasukan Sarawak. Dibimbing oleh Sheikh Zaki prestasi pasukan Sarawak jauh lebih teratur dan meyakinkan. 

Sarawak dikejutkan dengan perpindahan kapten pasukan iaitu Joseph Kalang Tie ke Terengganu. Dengan mengekalkan 'core' player, Sheikh Zaki berjaya dalam misi mengangkat semula confidence level pemain bujang senang.

Untuk season 2010 - Peningkatan ketara dalam jentera serangan dengan 42 gol daripada 22 perlawanan. Dari segi purata adalah 1.9 jaringan gol bagi setiap perlawanan. 

Barisan pertahan turut berjaya diperkemaskan dengan diketuai oleh Hairol Mokhtar. Daripada 22 perlawanan hanya dibolosi 34 jaringan gol iaitu 1.5 jaringan gol bolos bagi setiap perlawanan. 

Sarawak mengakhiri musim 2010 di tangga ke-6. Prestasi yang boleh dibanggakan jika dibandingkan tempat kedua tercorot pada musim 2009.

Penjaring Terbanyak Musim 2011: Zamri Morshidi (11 Gol)

Zamri Morshidi mengekalkan prestasi sebagai penjaring utama Sarawak

Kedudukan akhir Liga

Per = Perlawanan bermain; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jaring; B = Bolos; BJ = Beza jaringan; Mt = Mata
KedPasukanPerMSKJBBJMtKelayakan dan Penyingkiran
1Felda United (J)22155248123650Layak ke Liga Super Malaysia 2011
2Sabah22153442142848
3PKNS22143556183845
4ATM22119249183142
5Harimau Muda22114749391037
6Sarawak2211474234837
7PDRM2284103741-428
8Pos Malaysia2273124143-224
9Staf USM2265112840-1223
10MP Muar2253141968-4818
11Melaka2243153168-3715Tersingkir ke Piala FAM 2011
12Shahzan Muda2212191562-475


Skuad Sarawak 2010
Ketua Jurulatih:
Tuan Haji Zaki Sheikh Ahmad

Penjaga Gol:
Mohd Suffian Abdul Rahman
Abdul Ghani Anuar
Habib Mohd Arshad

Pertahanan:
Mohd Fadly Kassim (C)
Mazwandy Zekaria
Shahran Abdul Samad
Mohd Hairol Mokhtar
Firdaus Morshidi
Abdul Aziz Ismail
Morris Jagan

Tengah:
Abang Mohd Zaafari
Mohd Dzulazlan Ibrahim
Sharol Saperi
Mohd Fareez Tukijo
Wong Sai Kong
Rafiz Abu Bakar

Penyerang:
Zamri Morshidi
Azizan Sapperi
Sufrizal Ismail
Azralan Azmi
Effendi Malik
Mohd Hadera Bakri


Analisa Prestasi Pasukan Sarawak dari tahun 2009

Liga Perdana Malaysia 2009 merupakan edisi ke-6 Liga Perdana Malaysia sejak perubahan format Liga Malaysia pada 2004. Liga ini bermula pada 9 Januari 2009. Terdapat 14 pasukan yang menyertai liga pada musim ini.

Pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Malaysia 2009:
¹ - Sarawak tersingkir dari Liga Super Malaysia edisi 2008
² - Dinaik taraf dari Piala FAM

Carta Liga

Perlawanan liga tamat pada 2 Ogos 2009.
P = Perlawanan; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jarigan; B = Bolos; BJ = Beza Jaringan; Mt = Mata
KedPasukanPMSKJBBJMtKelayakan dan Penyingkiran
1Harimau Muda (J)24202249163362
2T-Team24176158114757Layak ke Liga Super Malaysia 2010
3Johor24163548153351
4Kuala Lumpur[1]24145546182847
5Proton24124840251540
6Felda United2410772923637
7PKNS248792024-431
8Shahzan Muda2466112735-824
9Sabah2457121831-1322
10ATM2456131952-3321
11Melaka2439121732-1518
12Sarawak2436152957-2815
13SDM Kepala Batas241419971-627Tersingkir ke Piala FAM 2010
14MBJBPenyertaan dibatalkan
Nota
Penyertaan MBJB dalam Liga Perdana Malaysia telah dibatalkan oleh FAM dengan alasan gagal menjelaskan premium insurans dalam masa yang ditetapkan.

Statistik Pasukan Sarawak
    - Berdasarkan statistik, purata jaringan pasukan Sarawak adalah 1.2 jaringan gol pada setiap perlawanan. 27 jaringan gol dapat dihasilkan daripada 24 perlawanan. Separuh dari jaringan ini disumbangkan oleh Joseph Kalang & Zamri Morshidi
    - Penjaring terbanyak adalah Joseph Kallang Tie (11 Gol) dan diikuti oleh Zamri Morshidi dengan (10 Gol).
    - Dari segi bolos gol, pasukan Sarawak adalah pasukan ketiga paling banyak dibolosi lawan dengan 57 bolos iaitu dari segi purata 2.4 Gol bolos bagi setiap perlawanan!
    - Sarawak hampir tersingkir ke Liga FAM pada musim ini
Joseph Kalang berentap dengan Bosigwa


Followers

Sponsored Link