Sunday, April 15, 2012

Statistik Sarawak : Round 1

** Awal madah statistik tok dipolah base on maklumat yang sedia ada. Sik dapat nak polah too detail. Tapi pakei rindok ati kita diat perkembangan team Sarawak.

Sarawak di tangga ke-8, 15 mata ketinggalan dengan pendahulu Lions XII



Terkini kita menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman
  • Berdasarkan keputusan semasa terutama di awal musim, Sarawak banyak kalah tipis akibat ketumpulan penyudah gol.
  • Prestasi menentang pasukan heavyweight seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan juga menunjukkan prestasi pasukan kita tidak jauh beza dengan pasukan elit tersebut. 
  • Pertahanan bolos sebanyak 13 gol daripada 14 perlawanan atau secara purata adalah 0.92 gol bagi setiap perlawanan. Pertahanan Sarawak adalah yang kedua terbaik di belakang pasukan Kelantan. Tahniah kepada Sani, Ramesh, Dzuladzlan, Yosri & Shahran Samad.
  • Bagi jaringan gol pula, Sarawak telah menjaringkan 17 gol daripada 14 perlawanan atau secara purata adalah 1.21 gol bagi setiap perlawanan. Satu angka yang cukup memberangsangkan. 
  • Senarai penjaring gol pula amat menarik. Dari 17 gol yang dijaringkan, 8 gol dijaringkan dari bahagian midfield.
  1. Asri Chu Chu - 4 Gol
  2. Vedran Muratovic - 3 Gol
  3. K. Ravindran - 2 Gol
  4. Guy Bwele - 2 Gol
  5. Shahrol Saperi - 2 Gol
  6. Zamri Morshidi - 1 Gol
  7. Hairol Mohktar - 1 Gol
  8. Sala Kone - 1 Gol
  9. Azizan Baba - 1 Gol
Penjaring terbanyak Sarawak setakat ini - Ashri Chu Chu


Prediction fasa ke-2:
  1. Dengan prestasi semasa serta graf peningkatan yang semakin bagus, pasukan Sarawak dijangka mampu meneruskan rentak kemenangan pada fasa kedua liga. Sasaran menjadi top 3 dalam liga adalah realistik.
  2. Apa yang paling penting adalah kecergasan pemain perlu dikekalkan dengan rotation posisi pemain penting agar tidak keletihan.
  3. Taktik 4-5-1 yang mula dipraktikkan memang sinonim sejak era Sheikh Zaki lagi. Dengan taktik ini, keupayaan menyerang dan bertahan adalah seimbang. Seperti jaringan yang dijaringkan oleh Shahrol Saperi menentang Kedah. Dengan taktik ini lebih ramai pemain midfield dapat burst into penalty box dan option untuk crossing dan passing lebih banyak.
  4. Next game lawan Kedah [home game]. Semoga Sarawak mampu mencapai kemenangan dan mengekalkan persembahan cemerlang mereka. 
My Prediction: Sarawak menang 4-0 menentang Kedah selasa ini


0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link