Thursday, July 28, 2011

How Malaysia can beat Singapore

- Kita memerlukan pertahanan tengah yang kental dan agresif. Hakikatnya kita tidak dapat mengharapkan kedua-dua pertahanan tengah muda kerana jelas tiada komunikasi antara mereka berdua selain kekurangan pengalaman.

- Jangan jadikan adanya pemain import di pasukan lawan moral anda terus DOWN. Bayangkan anda telah layak ke Piala Dunia menentang pasukan England. 11 orang pemain eropah. Takkan nak jadikan alasan sebab lawan omputeh kita kalah.. No no no.. Pasukan wanita Jepun dah menang world cup walaupun mereka bersaiz kecil seperti kita orang Asia.

Action should be taken by Dato' Rajagopal : Include Aidil Zafuan as Center Back!

- Dalam separuh masa pertama yang lepas jelas dan nyata jentera tengah lumpuh dan tidak kreatif. Safiq Rahim gemar membuat hantaran tinggi kepada penyerang & secara logik memang Safee susah nak menang perebutan bola di udara. Yang peliknya walaupun sudah berbelas kali hantaran tinggi ke bahagian penyerang (termasuk goal kick) tetapi jentera tengah masih tidak menukar corak permainan hantaran pendek.

Safiq Rahim tidak bermain 2nd leg dan saya menjangkakan K. Gurusamy dan Amirul Hadi akan dimasukkan untuk memberi kekuatan dan sokongan daripada section midfielder kepada Amar Rohidan serta S. Kunalan.

- Kelemahan paling ketara di bahagian pertahanan tengah pada perlawanan lepas adalah membuat clearance hentam keromo. Berdasarkan pemerhatian corak pertahanan Fadli Saas dan Muslim (even dalam perlawanan bersama skuad Olimpik) mereka kerap membuat clearance sebarangan.. At the end of the day, midfielder lumpuh kerana belum sempat nak naik ke atas bola dah dikuasai semula pihak lawan dan terpaksa berkampung semula di kawasan sendiri untuk bertahan.

-Jentera serangan sepatutnya membariskan 2 orang penyerang. Safee Sali dan Hadi Yahya. Setakat ini kedua-duanya memberikan impak dalam perlawanan. Corak permainan hampir serupa di samping kedua-duanya mempunyai rembatan kencang dan goal instinct yang natural. Put more pressure via winger S. Kunalan dan kreativiti Amirul Hadi.

- Dua basic corak pertahanan yang perlu di ambil perhatian nanti - jangan biar striker buat turn (macam bolos gol ke-5) & sekat hantaran bola kepada penyerang. Awasi import china yang boroi itu - Qiu Li, jangan biarkan diaberjaya membuat hantaran cross kepada penyerang import DuRic. Takkan la Mahali boleh kalah dengan yang boroi ni kan..

- My prediction Malaysia menang 3-0!

Aleksduric.jpg
Umurnya 43 tahun. Takkan la kalah speed & strength dengan orang tua ni. Maaf pakcik terkasar bahasa

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link