Wednesday, September 7, 2011

Penyokong Sarawak kembali! Gugup punca kekalahan

NGAP SAYOT! Photo from Ultracrocs Fan Club
Malam semalam merupakan malam bersejarah buat sukan bolasepak di Sarawak. Setelah menyepi hampir sepuluh tahun - Stadium Negeri kembali bergema dengan sorakan dan sokongan dari penonton.

Cuba anda bayangkan saya turun 7:30 malam dari semariang, tepat jam 8:15 baru dapat masuk ke Stadium. Mujurrr tak lepas kick-off. Orang ramai parking dari bangunan STIDC sehingga ke bangunan wisma SESCO!! Seperti dijangkakan penuh 20,000 orang penonton, TYT Sarawak pun turun padang!
Stadium Penuh!! Camera hp my wife..

Tiket saya beli di Lea Centre, Hopoh!

Photo: Nizam H Fansuri
Tentang game saya tak nak komen panjang sebab kita memang tahu standard pasukan Kelantan memang a par ahead. Permainan tersusun disamping pemain-pemain mereka sudah biasa dengan crowd yang ramai seperti ini.

Sarawak menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Bobby Gonzales sebagai penyerang tunggal. Menggunakan pendekatan menyerap asakan Kelantan dan mengharapkan serangan balas serta set pieces dari sepakan sudut.

First half, Sarawak berjaya mengekang asakan Kelantan dengan Norshahrul Idlan Taha dikawal ketat oleh Chun Keng Hong (No jersi 31). Tiada percubaan bahaya daripada pasukan Kelantan pada separuh masa pertama!

Photo: Nizam H Fansuri

Sarawak memperoleh beberapa peluang menerusi Bobby Gonzales akan tetapi percubaan lemah dan mudah ditangkap oleh penjaga gol Mohd Shahrizan. 

Wing kiri Sarawak iaitu Asri Chu Chu tidak menampilkan aksi garang seperti biasa. Beliau kelihatan gugup beraksi di hadapan ribuan penonton. But its ok.. Good exposure untuk dirinya yang baru berusia 20-an.

Kehebatan pasukan Kelantan sebagai pasukan pilihan terbukti pada separuh masa kedua. Pertahanan mereka lebih kemas, hantaran daripada midfielder serta off ball position yang lebih berkesan. 
Seat penuh! Sanggup nangar dari pagar ajak! Photo: Nizam H Fansuri

Akibat terlalu alpa hantaran ke belakang Hairol Mokhtar kepada Chun Keng Hong telah di hidu oleh Norshahrul Idlan Taha yang mudah menewaskan Aidil Mohamad. 1-0 untuk Kelantan. Beautiful disaster in seconds!

Sarawak bangkit dengan memasukkan Ben Martin menggantikan Jeganathan. Serangan bertubi-tubi ke arah gawang Kelantan, Ben Martin merembat dari luar kotak penalti menggunakan kaki kiri akan tetapi berjaya ditepis oleh Mohd Shahrizan (lepas ya alu eksen injured sakit pinggang, maka nepis makey tangan =p)

Seat penuh di bahagian scoreboard! Photo: Nizam H Fansuri

Sekali lagi kelekaan pemain pertahanan di hukum oleh Norshahrul Idlan Taha (aku dah madah nya tok bahaya).. Hasil serangan balas beliau berdepan 1 lwn 1 dengan Hairol Mokhtar yang membiarkan Mat Yo membuat turning.. Through pass kepada S. Chanturu dan sekali lagi menewaskan Aidil Mohamad 2-0!

Pengajaran penting - silly mistake membawa padah. Jangan fancy gilak main next time.. Sekali sekala sikpa..



Kesimpulan:
  1. Secara peribadi bagus lawan Kelantan first game sebab dapat study balit apa weakness and sengan ney kekuatan team kita.
  2. Pemain Sarawak harus sedar yang penonton anytime dapat datang ke stadium if performance team bagus.
  3. Gap between midfielder dengan Bobby Gonzales sangat jelas ( Jaganathan selalu out position, winger lambat support nait). Long ball ke atas then Bobby sorang ajak. Belum sempat Bobby control ball, support belom datang ball dah kembali dikuasai pihak lawan.
  4. Both winger Asri & Zamri tidak mendatangkan bahaya kepada pasukan lawan. Maybe too concentrate ke bahagian winger. Maybe next time try cut inside masuk ke tengah untuk memudahkan hantaran dari Wong Sai Kong & Shahrol Saperi.
  5. Both wingback Maswandi & Dzuladzlan patut dipuji. Fitness tip top and prove that sidak duak dah ready untuk saingan liga Super. 
  6. Set piece banyak. Player kita majoriti tinggi gik dari player Kelantan tapi sik di take advantage. Rugi! 
  7. Mesti menang lawan Felda United Sabtu tok. Mun menang orang akan madah "Ok, lawan Kelantan logic kalah sebab sidak kuat gik" .. Selasa depan confirm penuh lagik stadium lawan Johor!
  8. Sampei minit-63 kita sama kuat dengan Kelantan - just mistake ya team terus down. Tidak sepatutnya berlaku. Contohi Manchester United. Ketinggalan 2-0 lawan team paling mahal Manchester City. Semua player bersatu last sekali dapat menang 3-2!
  9. Yang lain semuanya ok! Supporter Sarawak memang happening!! Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir ke stadium malam tadik!

5 comments:

Anonymous said...

go sarawak

HabeebMohdHamid said...

totally AGREE! Sarawak memang MAMPU pergi Jauh utk saingan kali tok ,khas nya utk Liga Super musim dpn.cuma,gunakan setiap peluang yg tersedia.Mr Bobby mmg sorg striker yg berbisa..cuma perlu byk gik support pd nya.better gik makey 2 striker.

alosz said...

aku suka org pon blog tok ngomen n polah mcm tok..hahhahahahahaha..double thumb-up 2 u...:D...aku tetap turun nangga xkira swk mng ka kalah...

Hafizul Hakim said...

Terima kasih!

Jie84 said...

sebagai rakyat kelantan,sy berbesar hati & berterima kasih dgn komen yg dberikan oleh penulis dlm blog ni..sangat sporting & tidak prajudis..apapun,tahniah sarawak sbb dapat melangkah ke liga super musim hadapan..buat yang terbaik dalam saingan piala malaysia musim ni..yg pasti,sy akn hadir dp perlawanan kelantan vs sarawak di kota bharu nanti..lawan felda nanti,sy akan sokong sarawak.. peace..

Post a Comment

Followers

Sponsored Link