Friday, December 2, 2011

Season 2012 - Liga Super

Setelah sekian lama tidak beraksi dalam liga utama, pasukan Sarawak akhirnya membuat kemunculan semula. Aksi konsisten di liga perdana pada musim lepas dengan menyaksikan Sheikh Zaki dan Robert Albert mengenal pasti 'core player' dalam skuad utama.

Core player yang dimaksudkan adalah terdiri daripada local Sarawakian seperti Asri Chu Chu, Maswandi, Hairol Mokhtar, Dzuladzlan, Shahrol Saperi, Zamri Morshidi, Ben Martins, Azizan Saperi, Fareez Tukidjo..

Dengan adanya 'core player', Robert Alberts dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang ada dalam pasukan Sarawak.

Pada pendapat peribadi saya, Sarawak memerlukan import di bahagian serangan, midfield dan pertahanan tengah.

Antara sebab utama adalah kita kehilangan top scorer pada musim lepas iaitu Bobby Gonzales. Beliau adalah striker yang berupaya bertindak bersendirian yang mana ciri yang tiada pemain lain. Lantas, saya berfikir either ambil import player yang mampu bertindak bersendirian dan mempunyai keupayaan merencanakan gerakan serangan.

Di bahagian midfield pula kita telah lihat di dalam saingan Piala Malaysia kita tidak memiliki pemain yang dapat menjadi general di dalam padang. Kesemua gerakan tertumpu di bahagian sayap melalui Asri Chu Chu tapi tempo dibahagian midfield agak mengecewakan.

Gerakan long ball mudah dibaca oleh pihak lawan. So - dapatkan player import alaa-ala David Silva. If susah gilak ambik balit Junaid Hartley =p

Di bahagian pertahanan pula saya mengimpikan kita mempunyai seorang player import yang mampu bertindak sebagai pertahanan tengah + defensive midfield. Dua watak dalam permainan.

So - realistik target untuk tahun 2012. Saya target Sarawak kekal dalam liga Super.. Tunggak terbalit sik duli asal kekal untuk liga 2013 pasya bok cerita panjang gik..


0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link