Sunday, March 18, 2012

The Return of Ngap Sayot Supporters!

“Dengan Sarawak, ianya soal bermain menentang pasukan bersemangat dan satu susuk kultus yang merasuk pemainnya kepada kesetiaan ‘kill-or-be-killed’ untuk negeri” - Chow Kwai Lam



  1. Kali terakhir perlawanan bolasepak di Stadium Negeri, Kuching disiarkan secara langsung di kaca televisyen Malaysia adalah pada final Piala FA tahun 1992. Lamak nak? sik hairan la pahal lampu limpah padam tetiba =p lamak tok main ok jak..
  2. Walaupun peminat tempatan tahu perlawanan disiarkan secara langsung di TV Astro Arena 801, lebih daripada 15,000 turun memberikan sokongan padu kepada pemain Sarawak.
  3. Sarawak turun tanpa dua orang regular midfielder iaitu Guy Bwele & Azizan Baba akan tetapi replacement mereka iaitu Shahrol Saperi & K.Rajan menunjukkan permainan yang kemas dan mantap.
  4. Sarawak menggunakan posisi 4-5-1 dengan meletakkan Muratovic sebagai lone striker. Zamri Morshidi kelihatan lebih berbahaya di posisi asalnya di bahagian sayap. 
  5. Ashri Chu Chu yang terpilih dalam skuad Olimpik (walaupun sik diturunkan oleh Mr Ong) tampak lebih yakin dengan cubaan serta crossing. 
  6. Muratovic tampak seperti HIDUP SEGAN, MATI TAK MAHU. Zero/Kosong/Sikda terus cubaan ke arah gawang Singapore. Jangan kata cubaan tepat, cubaan tersasar langsung sik ada.. Waste of money.. Luckily Kalla Sone almost fit, Muratovic sik perlu renew passport boleh balit ke Zagreb, Crotia..
  7. Ok, cerita pasal referee.. Cerita hal game sik perlu, semua dah diat dikpun.. 
  8. Isu referee bias dengan team Sarawak bukan perkara baru. Semua orang Sarawak masih ingat insiden semi final Piala Malaysia tahun 1989. Lupak? Ok lihat gambar di bawah tok:
Awang Mahyan di serbu penonton dan pegawai pasukan Kuala Lumpur 
  1. Persoalan saya adalah.. Adakah pasukan Kuala Lumpur dihukum selepas insiden ini? Apa tindakan FAM - case  closed? Sehingga ke hari ini, semua orang termasuk Ali Shafiee (yang dilayangkan kad mera, apa sebab & alasan Steven Ovinis melayangkan kad merah kepada beliau.
  2. Semua orang masih ingat bagaimana beliau mengalami kecederaan, dirawat dalam padang, tak mahu di usung keluar guna stretccher, suddenly pop RED CARD
  3. Akibatnya semua pemain Sarawak di pukul oleh polis FRU malah oleh penonton 'fanatik' Kuala Lumpur. Segenap penjuru pemain Sarawak mencari tempat perlindungan, ingatkan dapat menyorok dibelakang polis. rupanya dibelasah dengan belantan.. 
  4. Inilah sejarah hitam yang masih di ingat oleh setiap pelusuk warga Sarawak pemegang IC -13- rah tengah-tengah..
  5. So now, apa respond FAM? Buat pengetahuan semua, referee Malaysia adalah yang paling 'maksum' atau suci di dunia. Langsung tidak boleh diberi teguran apatah lagi kritikan. Yang mengkritik akan dihukum seberat-beratnya (awang mahyan digantung setahun selepas insiden 1989).
  6. Integriti pemain dipersoal bagaimana pula dengan integriti REFEREE & LINESMAN? Beberapa hantaran pemain Sarawak malam tadi jelas onside malah di akui sendiri oleh pengulas Astro Arena hantaran adalah jelas ONSIDE. 
  7. Jarak penglihatan pengadil untuk penalti Singapura adalah lebih jauh dibandingkan dengan handball insiden dalam box Singapura. How on earth yang jauh dapat dikesan yang depan mata boleh terlepas.  Memang benar kata orang tua - gajah depan mata sik nampak, semut ujung laut nun dapat di diat.
  8. But yet again, keputusan pengadil muktamad - mereka maksum dari sebarang kesilapan. You tegur, you fired.. 
  9. Since FAM won't do anything regarding this matter, i ada suggestion buat peminat yang fanatik. Bunyinya melucukan akan tetapi pasti berkesan. 
Idea pertama; dapatkan info bila pengadil perlawanan arrive di Lapangan Terbang Kuching. Rami-rami kitak orang gantung banner tok:
Kemudian, tunggu lagik di depan entrance gate masuk Stadium Sarawak.. Rami-rami gantung agik banner tok... Biar referee ya terngiang-ngiang dalam kepalanya.. 

Masa match pun sama... Once unfair decision - keluarkan banner tok sebesar-besarya.. biar masuk tv.. 

Kita nantikan bersama-sama apa keputusan FAM lepas match commissioner hantar report. Kita as fan tunggu dolok.. Then if tiada tindakan FAM terhadap referee, let us do it for them for FREE... 

History Channel
Sarawak 2 – Singapura 1 (23 Julai 1989)


Ngap Sayot mempunyai semangat luar biasa tetapi ianya dalam bidang taktikal mereka kelihatan serba kekurangan. Tanggal 23 Julai menyaksikan kunjungan Singapura ke Kuching. Juara Piala Malaysia 23 kali ini merupakan antara pasukan pilihan musim 1989. 

Sebelum perlawanan dengan bongkak Singapura mendakwa Sarawak tidak mempunyai sebarang kemahiran dan hanya mengharap kepada corak permainan kasar. Dan itulah yang terbukti seawal minit ke-30, bila D Tokijan membuka akaun untuk Singapura mendahului dengan satu gol. Ramai yang menjangka ketika itu lebih banyak gol bakal terhasil dari skuad Singa kerana buat kali pertamanya malam tersebut, Sarawak bermain bolasepak dengan disiplin dan tanpa sebarang terjahan keras. 

Khabar angin mengatakan permainan Sarawak agak lembut malam itu kerana kehadiran Pengerusi Majlis Pengadil FAM, Tan Sri Jeneral (B) Zain Hashim. 

 Tetapi di separuh masa kedua permainan taktikal Sarawak mula membuahkan hasil. Burhaniza Abu Bakar merobek gawang Singapura pada minit ke-65 dan 11 minit berselang Mohd Ali Shafie memastikan 3 mata penuh buat Sarawak. 

Tetapi ketika ramai menyangka Sarawak telah berlembut, penjaga gol Affendi Jol membuktikan semangat Ngap Sayot masih hidup dengan menendang pemain Singapura setelah mereka berlaga pada minit ke-80. 

Jurulatih Singapura, Jita Singh memuji Sarawak usai perlawanan, “Saya agak terkejut dengan permainan mereka. Mereka bermain baik dan layak untuk menang. Saya harap kita dapat melihat lebih sisi Sarawak yang begini”. 

Namun pujian tersebut tidak diterima baik oleh Awang Mahyan. “Maksud kamu selama ini kami tidak bermain bolasepak sebenar? Baiklah. Selepas ini kami akan bermain lebih taktikal dan pastinya lebih sukar untuk dikalahkan!” 

Seperkara yang perlu kita semua ketahui (khusus buat mereka di Semenanjung) hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sentiasa berada di atas garis yang sensitif. 


Dalam dasawarsa 1980-an khususnya, ada banyak isu nasional yang menjadi pertikaian antara kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dengan Sarawak. 


Dari hal kuasa politik hinggalah sukan. Malahan pada tahun 1988 itu sudah hampir sepuluh tahun lamanya sejak kali terakhir anak Sarawak dipilih bermain untuk skuad bolasepak Malaysia (James Yaacob melakukannya buat kali terakhir hinggalah Abu Bakar Amran terpilih pada 1989).


 Beberapa gambar menarik perlawanan malam tadi:
GK Sani Kamsani berlari ke atas membantah keputusan REF tidak memberi tendangan penalti kepada Sarawak. Jelas di mata ribuan orang cuma tidak di mata REF MAKSUM FAM
Beberapa penyokong pasukan Sarawak menghalang keluar bas dari perkarangan Stadium Negeri, bas tersebut disyaki membawa pemain dari Lions 12 FC dan Pengadil perlawanan tapi sebenarnya hanyalah bas tanpa penumpang. Penyokong mula merusuh akibat tidak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang dikatakan berat sebelah. Foto : Zaini Ahmat | DS Sarawak
Penyokong Sarawak tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.. Sehingga ke jam 12 malam. FRU terpaksa dipanggil untuk meleraikan penyokong
Keadaan semakin tegang apabila pengadil memberi kad kuning kepada pemain Sarawak Dzulazlan dan tidak menghadiahkan tendangan penalti dalam kejadian sebelum itu

foto Mohd Gustie | DS Sarawak

Pemain Sarawak membantah keputusan pengadil tidak memberikn sepakan penalti
foto Nizam Hakim | DS Sarawak

 Penyokong Sarawak berkumpul di perkarangan stadium akibat tidak berpuashati dengan pengadil, Suhaimi Mat Hassan sehingga memaksa pihak FRU dan RELA bertindak meleraikan mereka.
Foto : Mohd Gustie l DS Sarawak
Apa respond Astro Arena?
Credit: Crocs News Update
Credit: Crocs News Update

16 comments:

mr_abs said...

steady la pzul

Kaz said...

Sarawak Ibu Pertiwiku... Memang.. Kita dengan Semenanjung memang selalu di atas garisan sensitif.. Masakan sudah merdeka dari tahun 1957 masih beranggapan macam Sarawak bukan dalam Malaysia. Selalu jak kenak padah "Lain kali datang Malaysia call lah". Pukimak ko... Passport aku passport Malaysia. Educate sikit ngan anak pinak, cucuk cicit kitak orang sinun padah sine Sarawak... Kumpol duit embak sidak raon nanggar Sarawak tok...

Anonymous said...

Maksud aku sidak sinun dah merdeka awal dari kita..

Anonymous said...

kamek setuju ngan komen2.puas benar kenak cam tuk...

Hafizul Hakim said...

lom ada gik dalam berita komplen insiden malam tadik..

Anonymous said...

Haidar...dah kenak bayar kali nk.......

Hafizul Hakim said...

Tq bos! =)

SarawakSelamanya said...

Andai tiada tindakan kita lapor ke FIFA.... Biar FIFA ambil tindakan keatas FAM...

Hafizul Hakim said...

Thats why.. kita pernah kalah di homeground sebelum tok sikda masalah...
Lawan Kelantan & Terengganu stadium full.. langsung sikda problem sebab kita tauk mmg team dirik pun yang problem or team lawan mmg kuat..

Anonymous said...

kepada semua penyokong sarawak sama2 kita TAMAT kan perkhidmatan ASTRO seandainya benar pengulas dari ASTRO ARENA mengatakan kita penyokong sarawak macam beruk. kelab penyokong lancarkan kempen tok biar menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut....polah banner besar2....aku diam di semenanjung tok harap geram jak lebih....mun di KUCHING for sure aku join kelab kitak orang ya.....FAM manjakanlah pengadil....jangan sampei SARAWAK keluar lagik sekali dari FAM...ingat kisah lamak sebagai pengajaran, ingat kan saki baki Steven Ovinis dah hilang dr dalam FAM rupa nya ada juak lagik masih tinggal. KPI bg pengadil pd game mlm ya....FAILLLL....coz gagal mengawal permainan....linesman yg sorang agik ya...nya nampak gilak lebih2 mlm ya...perasan sik kitak org....HIDUP SARAWAK

Hafizul Hakim said...

kita tunggu respond FAM

Anonymous said...

KITA PERLU ACTION!!!!! SO.... JUMPA N PLANNING BAGUS2......

Anonymous said...

Pengadil adalah orang yang bertanggung jawap sepenuhnya dalam apa jua keadaan yang berlaku pada malam ya. Mutu pengadilan yang teruk adalah punca utama akan berlaku situasi yang diluar jangkaan. jika perlu sekali lagi kita keluar dari FAM hanya disebabkan oleh seorang pengadil

Anonymous said...

FAS perlu keluar dari FAM LIGA MALAYSIA....FAS perlu buat satu Liga Sendiri iaitu Liga borneo...

Hafizul Hakim said...

untuk yang membuat komen kalau boleh letak nickname.. =)

Unknown said...

Senang cerita la, cdaknya sik suka kita jd pemenang...suka gik nangga kita kalah..dahla kalah siap kena kutuk gek. Nang ya ditunggu daknya. Apa2 pun skuad Ngap Sayot nang antap eyhhh!!

Post a Comment

Followers

Sponsored Link