Sunday, April 8, 2012

Kelantan nyaris DISAYOT Sarawak

Perlawanan malam tadi menyaksikan kehadiran penonton yang paling ramai setakat ini. Kira-kira 30,000 orang datang menyaksikan perlawanan tok. Senang cerita camne imagine rami sik rami, parking sampei KESUMA RESORT, sampei ke WISMA SESCO nun.. =)

Sokongan padu dari Gallore Buceros.. 


Credit : Nizam Fansuri
Pada minit ke-12 pasukan Ngap Sayot memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Joel Epalle diasak dari belakang oleh pemain Kelantan. Guy Bwele tidak mensesiakan peluang keemasan dengan melakukan curling shot dari jarak 25 yard ke sebelah kanan gol menewaskan Mohd Shahrizan Ismail. 

Pemain Sarawak meraikan jaringan gol
Penyokong Sarawak meraikan jaringan dengan penuh bergaya =)

Zamri Morshidi hampir menggandakan jaringan gol apabila beliau melepasi perangkap offisde akan tetapi memilih untuk melakukan bicycle kick sedangkan tiada seorang pun pemain Kelantan berhampiran beliau. Mungkin memikirkan dirinya dalam posisi offside.. 

Guy Bwele juga hampir menjaringkan gol pada minit ke 30 apabila gerakan satu dua beliau dengan Joel Epalle berjaya melepasi perangkap offiside tetapi penyudah yang lambat menyebabkan Shahrizan berjaya keluar menyelamatkan  keadaan.. Sepatutnya beliau merembat terus selepas mendapat hantaran Joel.. 

Gerakan satu dua yang hampir menambah gol Sarawak

Selepas itu pasukan Kelantan banyak menguasai perlawanan tetapi dinafikan oleh kekebalan benteng pertahanan diterajui oleh Yosri Dermajoo & Shahran Samad.. Makin best partnership nya duak tok.. 

Dalam perlawanan ini saya teruja melihat aksi K. Rajan yang melakukan larian solo serta membuat rembatan dari luar kotak penalti.. Sesuatu yang perlu dipelajari dan diambil contoh oleh pemain Sarawak yang lain... Ashri Chu Chu kelihatan gugup dalam perlawanan ini, mungkin kali pertama beraksi di stadium yang penuh sesak.. 

Daudsu berentap dengan Ashri Chu Chu

Begitu juga dengan Dzuladzlan yang kerap kali membuat kesilapan dalam membuat hantaran.. Walau apa pun, kekentalan pertahanan ini tidak dapat dinafikan dengan berjaya mengekang Indra Putra Mahayuddin.. 

Tamat separuh masa pertama - Sarawak 1-0 Kelantan.. 

Separuh masa kedua pula menyaksikan Sarawak menguasai perlawanan dengan beberapa siri serangan dari kiri dan kanan.. 

Guy Bwele terlepas peluang keemasan didepan pintu gol apabila cross dari sebelah kanan menemui beliau tetapi sepakan nya terkena badan pemain Kelantan untuk tendangan sudut.. 

Kawu star kah Indra? nahh aku nyepak ko.. Aksi Shahran Samad sangat berkesan meyekat jentera serangan Kelantan

Asakan demi asakan dari Ngap Sayot menyebabkan Bojan terpaksa memasukkan Norshahrul Idlan Taha pada minit ke-70.. 

Percaturan beliau berhasil apabila gandingan dengan Norfarhan Mohamad menemui jaringan pada minit ke-85. Gerakan dari sebelah kiri gol, crossing ke far post.. Norfarhan yang tidak dikawal merembat leret menggunakan kaki kiri.. 

Sarawak tidak berputus asa dan terus melakukan serangan dan hampir menjaringkan gol pada saat akhir perlawanan menerusi sepakan sudut apabila flying header Shahran Samad di tanduk keluar di atas garisan oleh pemain pertahanan Kelantan.. 

Tamat perlawanan. Seri 1-1..

Tan Sri Annuar Musa & Alan Vest turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi.
Credit to: Nizam Fansuri

Perlawanan tok membuktikan perkembangan pasukan Sarawak di atas landasan yang betul.. Next Game lawan Kedah...


Video Gol:


  Rating Player:
  1. Sani Kamsani - 8/10 * Banyak save and tenang menjaga gawang gol.. 
  2. Dzuladzlan - 6.5/10 * perlu improve confident level so that sik gugup or blur polah passing.. 
  3. Ramesh - 7.5/10 * Mr Reliable man menggunakan pengalaman yang ada berdepan Chanturu
  4. Yosri Dermajoo - 8/10 * Aksi beliau begitu mantap dengan mengekang striker import Kelantan.
  5. Shahran Samad - 8/10 * The best stopper yang pernah dimiliki Sarawak selepas Dahlan Matussin
  6. Ashri Chu Chu - 6.5/10 * Kurang menyengat dalam game ini.. Nervous? 
  7. K. Rajan - 8.5/10 * Sangat efektif di bahagian sayap.. 
  8. Shahrol Saperi - 8/10 * Berjaya shield centre back Sarawak.. dapat read game well
  9. Guy Bwele - 8/10 * Aksi agresif menjinakkan Piya di bahagian tengah.. 
  10. Zamri Morshidi - 7/10 * Lebih berbahaya di sebelah sayap.. serious pok... 
  11. Joel Epalle - 7.5/10 * Control ball ada class.. need partner yang lebih berkesan.. Dapat jadi feeder nya tok.
  12. Sub - Azizan Baba - 7/10 * 2nd Half masok untuk menguat jentera tengah.. Ok lah.. 

11 comments:

cyrildason said...

Hebat memori ko pok.. aku sik ingat sepa attck and how nya attack.. haha

Kaz said...

Puas hati maca..!!! Dah ada videocam baru upload video gik jang... Hahaha...

Hafizul Hakim said...
This comment has been removed by the author.
Hafizul Hakim said...

insya allah pok..
small project..

Hafizul Hakim said...

heheh.. tq pok reserve seat pakei aku..
cun juak bok sampei seat sarawak terus goal.. hehe

Abang Faisal Barawi said...

Good article!!

cyrildason said...

Lain kali datang lambat gik.. nie tauk bawa berkat.. hahahah =P

Faliq said...

ZM7 main sblh kanan..yes! aku setuju! baru kiri kanan mantap! hopefully AC11 xda perangai mcm mlm td agik... ada personal problem nya kali...then pertahanan sarawak ada problem selepas 30 min 1st half..nak pa ndakkah instruction diberik RA dgn cdak...

Hafizul Hakim said...

Thanks bro!

Hafizul Hakim said...

Kelantan team yang kuat.. in other way kita patut puji barisan pertahanan Sarawak yang dapat menyerap asakan lawan.. =)

mr_abs said...

stedey2

Post a Comment

Followers

Sponsored Link