Friday, January 27, 2012

Kalle Sone mengetuai serangan Sarawak sabtu ini!

Penyerang import Sarawak dari Cameroon, Kalla Sone akan beraksi buat pertama kali dalam saingan Liga Super pada sabtu ini. Beliau baru pulih dari kecederaan groin dan bisul di kaki =p Serius, perkara ini disahkan oleh physioterapyhy Sarawak.

Selain itu, Guy Bwele juga sudah boleh beraksi setelah mengalami kecederaan di pangkal paha. Vedran Muratovic masih berlatih dengan pasukan Sarawak as back up jika Kalla Sone mengalami kecederaan semula.

Melalui pemerhatian saya dalam training petang semalam, Sarawak dijangka melakukan beberapa perubahan pemain di posisi pertahanan iaitu Shahran menggantikan Yosri Dermajoo. Manakala di posisi penjaga gol, Sani Annuar akan diturunkan selepas Saiful Amar mengalami kecederaan dan masih dalam peringkat pemulihan.

Corak latihan yang diamalkan oleh Robert Albert sangat menarik berbeza dari jurulatih sebelumnya. Latihan petang semalam lebih fokus kepada jentera serangan dalam memantapkan kombinasi Kalle Sone dengan Zamri Morshidi.

Buat pengetahuan pembaca, Sarawak menjalani latihan di Stadium Sarawak bagi memastikan mutu padang Stadium Negeri tidak terjejas.

Barisan kemungkinan:
  1. Sani Annuar (GK)
  2. Dzuladzlan
  3. L Ramesh
  4. Hairol Mokhtar (C)
  5. Shahran
  6. Rasyid Aya
  7. Asri Chu Chu
  8. Azizan Baba
  9. Guy Bwele
  10. Zamri Morshidi
  11. Kalla Sone

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link