Pemain Sarawak, Rashid Aya (kiri) dihalang oleh ketua pasukan Kuala Lumpur, Aslam dalam aksi separuh masa pertama Liga Super di Stadium Negeri, Sarawak. |
Sarawak telah melakarkan kemenangan pada perlawanan pertama menentang KL di Liga Super 2012. Hujan lebat di kawasan Kuching sejak 2 minggu lepas tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong setia sekitar 15,000 orang untuk turun menyaksikan perlawanan 'penentuan' ini. Disini saya menggunakan word 'penentuan' kerana penonton seringkali meletakkan dua game yang pertama sebagai penanda aras hala tuju pasukan Sarawak selepas ini.
Sarawak memulakan perlawanan pertama tanpa kelibat Kalle Sone yang disebut oleh coach Robert Albert sebagai pemain penyerang terbaik di Asia. Zamri Morhsidi digandingkan dengan Rasyid Aya di bahagian serangan.
Di bahagian midfield pula RA meletakkan Azizan Baba & Guy Bwele di bahagian tengah sementara K. Rajan dan Asri Chu Chu di sayap kiri dan kanan.
Pada perlawanan malam tadi berlangsung dalam keadaan padang yang licin. Pace permainan kedua-dua pasukan agak pantas dengan Sarawak seringkali melakukan asakan dari kedua-dua winger iaitu K. Rajan & Asri Chu Chu.
Sarawak menguasai keseluruhan masa pertama dengan peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-30 apabila Guy Bwele membuat cross dari sebelah kanan pintu gol. Zamri Morshidi yang menjadi target man gagal tap in bola ke sasaran.
Sejurus selepas itu, permainan one touch football pasukan Sarawak hampir membuahkan hasil apabila K. Rajan yang melepasi perangkap offside dan hanya berdepan dengan penjaga gol membuat tendangan liar melepasi palang pintu gol.
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0. Antara VIP yang hadir pada malam itu adalah pemangku TYT Sarawak iaitu Dato' Seri Asfia serta isteri.
Pada separuh masa kedua Sarawak meningkatkan asakan. Gerakan serangan lebih terarah di bahagian sayap. Gerakan solo Guy Bwele dari bahagian tengah berjaya melepasi 3 orang pemain pertahanan sebelum melorongkan bola kepada Zamri Morshidi. Akan tetapi sekali lagi tindakan penyudahnya tidak menemui sasaran. Tendangan leret keluar di sebelah kanan pintu gol.
Melihatkan pasukan KL pimpinan Razif Ismail semakin keletihan, RA membuat penukaran pemain dengan memasukkan bekas pemain Harimau Malaya iaitu K.Ravindran dan mengeluarkan Asri Chu Chu. Impak kemasukan tidak menunggu lama.
Pada minit ke 65, Zamri Morshidi yang bergandingan dengan Rasyid Aya di sebelah kiri berjaya menewaskan perangkap offside, hantaran lintang ZM7 betul-betul di depan gol dalam keadaan penjaga gol KL sudah tertewas. Ravindran tiba-tiba terusuk di depan pintu gol dalam keadaan nak tapping bol.. Terlepasssssss peluang keemasan 100 gram.
Pada minit ke 65, Zamri Morshidi yang bergandingan dengan Rasyid Aya di sebelah kiri berjaya menewaskan perangkap offside, hantaran lintang ZM7 betul-betul di depan gol dalam keadaan penjaga gol KL sudah tertewas. Ravindran tiba-tiba terusuk di depan pintu gol dalam keadaan nak tapping bol.. Terlepasssssss peluang keemasan 100 gram.
Akan tetapi, asakan demi asakan membuahkan hasil... Dzuladzlan yang melakukan overlapping dan permainan satu dua dengan Rasyid Aya membuat cross yang tepat kepada Ravindran yang melakukan diving header ala hero hindustan. GOLLLLLLLLLL pertama buat Sarawak! 1-0 pada minit ke-71.
Asakan tidak berhenti di situ. Goal kedua menyusul hasil jaringan kapten Hairol Mokhtar hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol. Beliau dengan tenang melakukan curl shot dari menggunakan kaki kiri. Penjaga gawang KL tertewas buat kali kedua. GOALLLLLLL! 2-0.
Kapten Sarawak - Mohd Hairol Mokhtar meraikan gol kedua. Nice curl shot from central defender! |
Man of the Match: Guy Bwele (nyawa ikan kelik.. Crossing nya juak, defensive midfield nya juak, defend nya juak.. Very good signing!).
Jika perlawanan derby game menentang Sabah pada sabtu ini turut mencatatkan kemenangan atau paling tidak pun seri maka sudah pasti perlawanan ketiga nanti menentang Terengganu pada 17 Januari 2012 mencatatkan rekod kehadiran penonton!
Barisan pemain:
Saiful Amar Sudar (GK)
L Ramesh (LB)
Dzuladzlan (RB) ** (Fareez Tukijo min-90)
Hairol Mokhtar (CB) - Captain
Yosri Dermajoo (CB)
Asri Chu Chu (RW) ** (K. Ravindran min-64)
K. Rajan (LW) ** (Shahrol Saperi min-83)
Azizan Baba (CM)
Guy Bwele (CM/DM/RW/LW/DF)
Rasyid Aya
Zamri Morshidi
0 comments:
Post a Comment