Friday, January 20, 2012

Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya + Komen dari ex Gen Sec Sarawak

Kepada tetuan di Wisma FAM,

Sebagai pengikut setia bola sepak tempatan lebih 30 tahun, 20 tahun daripadanya selaku wartawan, pengkritik dan penganalisis, saya terpanggil untuk memberi pendapat dua sen saya berhubung beberapa siri kontroversi yang melingkari FAM dan bola sepak tempatan secara amnya.

Sejak kebelakangan ini, kontroversi di FAM seolah-olah tidak bertepi. Yang terbaru, isu Terengganu dan surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 berhubung tarikh tamat pendaftaran pemain import sehingga membawa kepada ugutan saman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini belum sentuh premium insurans yang lewat dibayar tahun lalu.

Ini membawa kepada persoalan - wajar atau tidak jika perjalanan Liga M dikendalikan sepenuhnya satu badan bebas dianggotai ahli profesional dalam mengatur jadual perlawanan dan mengurus liga?

Atau kalau ikut perlembagaan FAM sekarang, jawatankuasa pertandingan kekal diberi kuasa menganjur dan menentukan hala tuju Liga M tetapi pengerusinya bukan seorang pemegang jawatan yang aktif di peringkat negeri?

Opsyen pertama menuntut kehadiran petugas sepenuh masa yang mencanai idea dan melaksana dasar agar liga berjalan lancar. Opsyen kedua merelakan sukarelawan untuk menentukan hidup mati liga.

Datuk Hamidin Mohd Amin (yang sudi menjemput saya secara peribadi ke majlis ramah mesra dan hari keluarga di FAM Ahad lalu) setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sekali gus mencetus satu persepsi ada konflik kepentingan dalam merangka dasar dan membuat keputusan. Betul dan cekap macam manapun dia dalam mempengerusi mesyuarat yang menentukan peraturan Liga M, puak pembangkang luar kelompok mesyuarat mesti mahu pertikai keputusan dan sentiasa mencari kelemahan atau konflik kepentingan membabitkan Selangor.

Masih teringat zaman Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Memanglah timbul pelbagai isu tetapi tiada masalah typo error. Yang penting, mereka tidak pegang jawatan di peringkat negeri! Apapun, baca artikel ini. Mungkin FAM juga perlu perkasakan jabatan pertandingan agar sekretariat tidak terus-terusan menanggung persepsi negatif!

Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas. Baca ahli bersekutu boleh saman

Dalam peraturan FIFA (walaupun FIFA pun tunggang-langgang dari segi moral), proses aduan satu ahli gabungan terhadap persekutuan memakan masa panjang dan mengikut prosedur tertentu, termasuk timbang tara. Apapun, baca artikel ini

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak acuh. Mereka sekadar "happy" buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja.

Tiada siapa dapat nafikan Kelantan antara punca bola sepak Malaysia kembali meriah tetapi kejayaan itu harus diurus dengan baik dan profesional agar satu lonjakan besar dapat dilakukan.

Berbalik kepada isu FAM-Terengganu, sebenarnya, FAM silap, PBSNT pun silap. Kalau FAM tersilap tulis, mana-mana ahli gabungan tak pasti atau yakin, apa salahnya kirim SMS, telefon, hantar private message menerusi media sosial, betulkah ini tarikhnya? Bila tarikh tutup pendaftaran? Adakah dilanjutkan? Piala AFC atau Liga Super?

Untuk golongan yang menjerit mahu perubahan, kita harus jadi contoh pembawa transformasi dan bukan penghasut yang mengamalkan pendekatan populist!

Selagi FAM dikendalikan secara cacamarba sebegini, kurangnya budi bicara dan kurangnya lelaki budiman sezaman Kwok Kin Keng, Lim Kee Siong, Koe Ewe Teik dan Teoh Chye Hin (generasi facebook tak kenal empat nama ini), selagi itulah drama bola sepak Malaysia berkisar sekitar skrip yang sama. Pelakonnya dari 70-an memang berbeza tetapi perwatakan sesetengah pelakon baru kekal bersifat memperjuang kepentingan peribadi. Selagi keputusan dibuat jawatankuasa tanpa mendapat nasihat yang profesional daripada kakitangan sepenuh masa, skrip yang sama akan berulang 20 tahun dari sekarang.

Tidak lama selepas Malaysia menjulang Piala AFF, saya tulis dalam akhbar Rembat Kosmo!, akhbar yang masih berhutang dengan saya berpuluh ribu ringgit dengan jutaan alasan (harap bosnya tolong settle, tak settle adalah caranya), mengurus kejayaan. Usahlah kejayaan di peringkat serantau menyembunyikan pelbagai kelemahan dalam FAM.

Saya, seperti biasa dan tanpa jemu tetapi sekadar tersenyum sinis, menjadi penonton setia!

Yang tak pernah bosan,

Rizal Hashim
(Juri antarabangsa FIFA Ballon d'Or)

Siapa makan cili, dia rasa pedasnya

Berikut adalah komen dari bekas setiausaha FAS - Abang Zulkarnain:

Salam Sdr Rizal...semoga sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT hendaknya. Sebenarnya saya ni dah lama tidak mengikuti perkembangan semasa bolasepak tempatan, busy with my own things lately. Nevertheless...everytime surat terbuka dtgnya dari Sdr, sy seolah-olah terpanggil sama utk memberi komen or perhaps...berkongsi pendapat serta pengalaman yg tidak seberapa.

What being mentioned in ur letter, points or recommendations...depending on how ones look at it...mmg ada asasnya. Cuma sy nak tambah sikt jer...with ur permission, I hope. Pengendalian major competition such as M League bukan satu tugas yg enteng, its one hell of a BIG thing...some job that requires knowledge, experience, innovation and above all PASSION!!

 Everyone acknowledge all these elements...cuma yg bezanya; PENGIKHTIRAFAN mesti dtgnya dari penggiat mahupun penggemar bolasepak tempatan, not self proclaimed!!! This is actually what happens to our football administration & management nowadays. Semua mengaku layak!!! To be a true professional in football industry memerlukan seseorang itu bergiat secara sepenuh masa….persepsi sebegini mmg diterima pakai sekarang, cuma bezanya; keperluannya disebabkan oleh jawatan, glamour, pengaruh, imbuhan, privilege dan sebagainya…

Hakikat true professional adalah seseorang itu mesti bersedia untuk menjadikan dirinya sebagai collateral dalam memastikan tanggunjawab mampu dilaksanakan secara sempura serta mencapai matlamat. Grow with the system and be prepared utk dinilai samada dipuji atau sebaliknya. This will give an assurance that the official concern is purely subject to results oriented.

To have an independent body to runs M League is a tiny step to a better future….patut dah lama dah buat. Selagi pengurusan ni kekal kat FAM, selagi tu lah wujudnya elemen YOU SCRATCH MY BACK, I’LL SCRATCH YOURS & menjaga kepentingan certain teams will be hard to resists. Bukan itu sahaja, menjaga kepentingan pemimpin dalam FAM walaupun hakikatnya tak betul pun masalah jugak.

I raised this point over and over again during my 20 years with football, and it is not too wrong to say that I lose my job as General Secretary with Sarawak FA in year 2007 because of issue such as this. When a wrong officials being allowed to runs FAM, creating new regulations (most of the time regulations yg tak masuk akal) that they themselves failed to understand (how do we expect them to implement it?)…blame will go back to others.

 Sarawak kena potong 3 mata pada 2007 disebabkan protes yg dikemukakan oleh SU Penang FA yg juga merupakan AJK Pertandingan FAM atas alasan Sarawak menurunkan pemain import yg menyalahi peraturan FAM. Funny indeed…FAM jugak lah yg meluluskan pendaftaran pemain import yg dimaksudkan…even licence pun dah dapat skali. Inilah masalahnya, bila dia org yg tak faham peraturan yg dibuat sendiri . Too many loops hole, satu peruntukan tidak selari dgn peraturan yg lain…saya leh agak keadaan sama yg berlaku dalam isu PBNT recently.

Sdr Rizal….satu saje pesanan saya. Jangan bila dah ada pengurusan pertandingan yang berasingan, pegawai baru yang diambil/rekrut datangnya dari golongan mereka yang lebih teruk. Bercakap saje lebih…bila jumpa VVIP dialah paling ke depan, bila jumpa media dialah yg paling celoteh…kononnya FIFAlah, AFC lah…tp bila suruh buat jadual, habuk pun tak tau!!!!

Ni belum lagi nak interpret rules and regulations …apalah lagi Laws of the Game. Not even ex player can guarantee you success in football administration & management….remember what I’ve said to u back in 2007? Bitter to swallow? Na…not really…my ex-boss used to tell me, there are times when we just have to be cruel in order to be kind.

Just my 1 cent worth of comment…

Regards,

Abang Zulkarnain Abang Abdurahman aka Azaar Abdurahman

2 comments:

abgsyam said...

Rizal hasyim ya pengacara dengan izin ya nak???

Hafizul Hakim said...

aok.. betol.. pengacara rancangan Astro 801 - Dengan Izin

Post a Comment

Followers

Sponsored Link