Sunday, March 11, 2012

Preview: Sarawak vs Singapore

Shahril Ishak - Kapten pasukan & Top scorer skuad Singapore Lions
Zamri Morshidi berazam bangkit dari kekecewaan dua perlawanan yang lepas. Saya menjangkakan beliau akan menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol menentang Singapore Lions
Salam sejahtera pembaca sekalian,

Sudah agak lama menantikan pertembungan kedua-dua pasukan ini. Kali terakhir saya menyaksikan pertembungan Sarawak & Singapore di stadium negeri di mana pasukan sarawak seri 2-2 dalam saingan Piala Malaysia.

Kedua-dua pasukan pada ketika itu on TOP-FORM dengan Singapura memiliki pemain seperti Abbas Saad, Alistair Edwards, Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy (coach lions ketika ini), Malek Awab..

Sarawak juga apa kurangnya dengan John Hunter, David Evans, Mazlan Wahed, Shamsurin Abd Rahman dan sebagainya.

Jaringan pasukan Singapura dihasilkan oleh Abbas Saad & Alistair Edward. Sarawak menyamakan kedudukan hasil jaringan John Hunter.

Pertembungan ini juga pernah mengakibatkan kontroversi di persada bolasepak negara apabila, kucing hitam yang masuk ke dalam bilik persalinan pasukan Singapura yang menyifatkan petanda buruk bakal berlaku kepada pasukan mereka.


Pusak jak pun =)

Analisis ringkas skuad singapura:

Hebat di udara tapi lemah dengan grounder shooting

- Penjaga gol yang muda dan berpengalaman di peringkat antarabangsa. Bermain di kelayakan Piala Dunia & Sukan Sea di Indonesia. Baby face GK.

Ju'maat Jantan - Left Back Singapore Lions. Beliau selalu membuat crossing yang tepat kepada penyerang. Salah satu senjata utama pasukan Singapura mendapatkan gol.
Shahril Ishak - Top scorer skuad Singapore Lions
Sarawak harus menyekat hantaran kepada barisan penyerang Singapura. Taktik fast closing down harus dipraktik sepertimana menentang Kelantan pada perlawanan yang lepas. Setakat ini barisan pertahanan agak mantap cuma jangan ada gap sepertimana yang terjadi kepada gol ke-2 Kelantan - nobody closing down Farhan..

Dengan Hairol Mokhtar yang dijangka kembali ke skuad utama selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki akan menyuntik kembali semangat pasukan dengan sentuhan el-capitan.

Barisan serangan yang dikritik hebat semasa perlawanan menentang Kelantan harus bangkit dengan menonjolkan aksi yang ada class..

Must improve in holding/shielding ball, simple pass, jangan tamak dan guna akal fikiran dalam usaha mendapatkan tendangan percuma @ mendapatkan tendangan sudut.

My prediction: Sarawak menang 3-0


Rank Teams Played Wins Draw Lost Points
1 Kelantan 8 5 2 1 17
2 Perak 8 5 0 3 15
3 Terengganu 8 4 2 2 14
4 Lion XII FC 8 4 2 2 14
5 Terengganu PBDKT T-Team 8 4 1 3 13
6 Negeri Sembilan 8 3 3 2 12
7 Selangor 8 3 3 2 12
8 Sarawak 8 3 2 3 11
9 Johor FC 8 3 1 4 10
10 Sabah 8 2 4 2 10
11 Selangor PKNS FC 8 1 6 1 9
12 Kuala Lumpur Felda United FC 8 2 1 5 7
13 Kedah 8 1 4 3 7
14 Kuala Lumpur 8 0 1 7 1

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link