Tuesday, March 20, 2012

Injury News: K. Ravindran retak tulang belakang

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa yang dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans dalam keadaan kecoh di stadium negeri malam sabtu yang lepas. 

Sebenarnya K. Ravindran yang dikejarkan ke Hospital Normah kerana kecederaan teruk yang di alaminya selepas bertembung dengan penjaga gawang Lions XII iaitu Hyrulnizam Jumaat.

Apabila ditanya adakah GK Lions XII menemui beliau selepas perlawanan jawapan diberikan Tiada.. 

Menurut K. Ravindran yang ditemui di hospital, tulang belakangnya retak dan terpaksa berehat sebulan untuk pulih dari kecederaan. 

Beliau yang masih kelihatan bersemangat berazam untuk bersaing dengan penyerang sedia ada untuk mendapat semula tempat dalam kesebelasan utama. 

K. Ravindran bersama Admin 'SHOOT SAMPEI BISAK NET TIANG GOL YA!'



2 comments:

Cyril Dason said...

Semoga cepat sembuh.

Kaz said...

Rehat menar-menar. Sak cepat sembuh.

Post a Comment

Followers

Sponsored Link