Wednesday, January 25, 2012

Picture of the month! Joseph Kallang Tie

"As joseph kalang walked out from the field of Stadium Sarawak, Sarawak supporters, or better known as the sayotters was heard singing the state anthem "Sarawak Ibu Pertiwiku" from across the terraces" - kredit Nizam H Fansuri
Beliau adalah antara anak Sarawak yang paling famous berkelana di perantauan selepas winger lagenda; Affendi Julaihi. Mereka berdua berjaya menaikkan nama Sarawak di pentas antarabangsa dengan kedua-duanya telah dipilih menyarung jersi Malaysia.

Jauh di sudut hati Joseph Kallang Tie satu hari nanti beliau akan kembali ke Sarawak dengan membawa pengalaman yang diperoleh.

Wahai penyokong-penyokong Sarawak, jangan dicerca JKT sepertimana perlawanan yang lepas. Taukkah kitak orang, JKT adalah kapten pasukan Sarawak dikala krisis melanda. Gaji sik cukup, kadang-kadang bayar kadang-kadang sik. 

Tapi beliau telah menunjukkan komitmen dan kesetiaan yang tinggi untuk terus menyarung jersi Sarawak.  Turun juak training walaupun gaji sik berbayar. Bukan nyaman bekerja sik dibayar. Saya sendiri melihat keadaan training, match stadium kosong (banyak gik pokok di kerusi). Tapi ya sejarah silam.

Sebagai ganjarannya, komitmen serta kesungguhannya beliau telah menarik minat Irfan Bakti untuk dibawa  menyarung jersi Terengganu. 

Sehingga sekarang beliau memainkan peranan penting dan menjadi anak Sarawak pertama yang layak ke final Piala Malaysia. Kali terakhir kita di final adalah pada tahun 1999 menentang Brunei Darussalam tapi tewas 2-1 di Stadium Merdeka. Lepas ya sikda gik.

Biarlah JKT ambik dolok experience, rasa hidup di negeri orang - saya pasti one day HE WILL RETURN SOONER or LATER!

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link