Sunday, January 22, 2012

Sarawak ikat Selangor di gelanggang lawan


PEMAIN Sarawak, Ashri Chuchu (kanan) berjaya melepasi pemain Selangor, Mohd Razman Roslan pada aksi Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Sarawak, Ashri Chuchu (kanan) berjaya melepasi pemain Selangor, Mohd Razman Roslan pada aksi Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Sarawak ikat Selangor di Bukit Jalil


SELANGOR gagal mengaut peluang beraksi di laman sendiri untuk membiarkan Sarawak pulang ceria berbekal satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


Wajah Irfan Bakti Abu Salim jelas muram menyaksikan gelagat anak didiknya melepaskan deretan peluang sepanjang babak kedua ketika perlawanan itu harus berkesudahan tiga mata menjadi milik Merah Kuning.

Setengah jam pertama permainan, Sarawak tampil seolah-olah mereka adalah pasukan gergasi Liga Super walaupun pada hakikatnya, baru kembali menyertainya selepas tiga tahun beraksi dalam Liga Perdana.



Skuad Bujang Senang yang turun tanpa perancang utama - Guy Bwele - buat pertama kali tampak seperti hanya mahu bertahan pada babak pertama, tetapi kelonggaran barisan tengah Selangor menyaksikan beberapa kali kubu tuan rumah diasak pelawat.



Sekurang-kurangnya dua peluang keemasan tercipta - menerusi Azizan Baba pada minit ke-15 dan Rashid Aya, minit ke-19, tetapi rembatan kedua-dua pemain tengah itu gagal menemui sasaran. 
Hanya pada minit ke-33, baru Selangor tampak seperti mula mendapat rentak dan peluang terbaik muncul menerusi tendangan percuma Asrarudin Putra yang terkena palang dan rembatan susulan barisan depan tuan rumah berjaya ditampan pertahanan Sarawak.



Selepas rehat, Selangor bermula garang dengan menghasilkan deretan percubaan ke arah gawang Sarawak, tetapi gagal menemui sasaran. Sarawak yang lebih banyak bertahan, dua kali memperoleh peluang keemasan menerusi sepakan percuma Yosri Derma Raju (m-70) dan Shahrol Saperi (m-84), tetapi turut berakhir dengan kekecewaan. 


Komen Admin:

  1. Tahniah buat pemain-pemain dan coach Robert Albert. Walaupun tanpa kelibat Guy Bwele kita dapat menyaingi malah hampir menewaskan pasukan Selangor.
  2. Pemain Sarawak tampak seperti pasukan regular dalam liga Super dengan mutu hantaran short pass menarik serta gerakan serangan yang teratur.
  3. Keupayaan penjaga gol simpanan, Sani Annuar juga menarik perhatian saya. Beliau tidak gugup malah beberapa kali menjadi penyelamat. 
  4. Aksi super kapitan, Hairol Mokhtar juga patut dipuji. Beliau seperti biasa cool di barisan pertahanan bersama Yosri Dermajoo.
  5. Tahniah juga di ucapkan dengan penyokong Sarawak yang hadir. Dapat di dengar sorakan kitak orang, ngeboo team HOME masa sidak control ball. Sik tentu nyawa sidak! Haha
  6. Lawan N9 selepas tok diharapkan pemain memberi komitmen yang sama. Ingat prinsip saya : SAMA MAKAN  NASIK, BELUM CUBA BELUM TAUK!
  7. p/s: Didier Drogba on the way ke Kuching kata Robert Albert malam tadik
Didier Drogba

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link