Wednesday, August 15, 2012

Juh main Futsal di Vikings Futsal Stadium, Kuching

Berita baik buat peminat tegar sukan Futsal di Kuching.. Vikings Futsal Stadium secara rasminya telah beroperasi sejak 10 Ogos yang lepas.. 

Apa yang menarik tentang court Futsal ini adalah penggunaan lantai GRID INTERLOCK FLOORING diperbuat daripada getah yang lebih bercirikan keselamatan pemain dari segi mengelak tergelincir dan mendapat kecederaan.

Ada 4 saiz padang standard & 1 saiz padang besar standard international.

Standard kualiti padang futsal ini juga mendapat pengiktirafan dari 3 organisasi futsal dunia iaitu:
  1. Australian Futsal Association (AFA)
  2. Brazil Futsal Confederation  (BFC)
  3. Chinese Football Association
Sijil Pengiktirafan
Menurut Pengarah Operasi Vikings Futsal Kuching Awang Zaifulizan aka Zai Boss, stadium futsal ini adalah yang pertama dibawah jagaan Vikings Malaysia untuk memberi kualiti terbaik pada kelas antarabangsa.

Selain itu, Vikings Futsal juga dilengkapi dengan butik Conneli, meja snooker, bilik persalinan, bilik solat dan juga bilik meeting.

Dari segi keselamatan, Vikings futsal turut dilengkapi dengan CCTV di samping ruang parking yang luas. 




Sesi photoshoot duta Conneli - Zamri Morshidi (Penyerang Sarawak)
Ok.. Dah tak sabar nak main futsal di sitok? Nak tauk berapa rate? Refer harga dibawah:
Rate Sewa

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link