Saturday, August 11, 2012

Piala Malaysia landasan nilai pemain Sarawak: Sudarsono

KUCHING: Sarawak akan menggunakan Piala Malaysia yang akan datang sebagai pentas menilai pemain untuk dikekalkan musim hadapan. Skuad Ngap Sayot berharap untuk menebus kekecewaan tersingkir dari Liga Super pada kempen Piala Malaysia kali ini. Kejayaan merangkul Piala Malaysia pastinya dapat mengubati kekecewaan ekoran musim yang menghampakan buat Sarawak. 

Dalam satu temuramah eksklusif dengan The Borneo Post di sini semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman mengakui beliau seperti mana penyokong sejati bola sepak tempatan berasa amat kecewa dengan penyingkiran Sarawak dari liga utama bola sepak negara namun yakin pasukan negeri akan kembali bangkit. 

“Kita akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk kembali ke Liga Super namun buat masa sekarang, Piala Malaysia adalah keutamaan kita. Kita akan memberikan yang terbaik untuk memenanginya,” tambahnya lagi. Sudarsono menjelaskan kempen Piala Malaysia kali ini akan menjadi medan ujian buat pemain-pemain semasa Sarawak di mana prestasi setiap pemain akan dipantau dan dinilai sepanjang kejohanan dilangsungkan. 

Ditanya tentang peluang Sarawak untuk muncul juara, Sudarsono yakin skuad negeri mempunyai peluang yang realistik biarpun ia mungkin memerlukan sedikit tuah. Untuk rekod, pencapaian terbaik Sarawak dalam Piala Malaysia adalah ketika melangkah ke final pada 1997 namun dikecewakan oleh pasukan Brunei. Sarawak agak tidak bernasib baik ketika itu kerana Brunei merupakan satu-satunya pasukan yang dibenarkan untuk menurunkan pemain import dalam kejohanan itu. 

Sudarsono menambah penyingkiran Sarawak ternyata amat kejam selepas segala usaha keras yang dikerah oleh para pemain dan tenaga kejurulatihan. Bagi dirinya, penyingkiran itu tidak langsung mencerminkan prestasi Sarawak pada musim ini. 

“Memang malang sekali untuk kita disingkirkan musim ini. Namun pada akhirnya, kedudukan liga yang akan menentukan segalanya,” ujarnya sambil menambah Sarawak turut menjadi mangsa keadaan lebih-lebih lagi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengubah peraturan dalam Liga Super.


Jadual Perlawanan Pertama Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan Pertama)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
RABU22/8/2012APKNS8:45JOHOR
  AJOHOR FC8:45LOINS XII
  BKEDAH8:45ATM
  BTERENGANU8:45KELANTAN
  CFELDA UNITED8:45N. SEMBILAN
  CSIME DARBY 8:45PERAK
  DPAHANG8:45T-TEAM
  DSARAWAK8:15SELANGOR
Jadual Perlawanan Kedua Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan Pertama)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
SABTU25/8/2012AJOHOR 8:45JOHOR FC
  ALIONS XII7:45PKNS
  BATM8:45TERENGGANU
  BKELANTAN8:45KEDAH
  CN. SEMBILAN8:45SIME DARBY
  CPERAK 8:45FELDA UNITED
  DT-TEAM8:45SARAWAK
  DSELANGOR8:45PAHANG
Jadual Perlawanan Ketiga Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan Pertama)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
SELASA28/8/2012AJOHOR8:45LIONS XII
APKNS8:45JOHOR FC
BATM8:45KELANTAN
BKEDAH8:45TERENGGANU
CN. SEMBILAN8:45PERAK
CFELDA UNITED8:45SIME DARBY
DT-TEAM8:45SELANGOR
DPAHANG8:45SARAWAK
Jadual Perlawanan Keempat Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan kedua)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
SABTU1/9/2012ALIONS XII7:45JOHOR
  AJOHOR FC8:45PKNS
  BKELANTAN8:45ATM
  BTERENGGANU8:45KEDAH
  CPERAK8:45N. SEMBILAN
  CSIME DARBY8:45FELDA UNITED
  DSELANGOR8:45T-TEAM
  DSARAWAK8:15PAHANG
Jadual Perlawanan Kelima Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan kedua)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
SELASA4/9/2012AJOHOR FC8:45JOHOR
  APKNS8:45LOINS XII
  BTERENGGANU8:45ATM
  BKEDAH8:45KELANTAN
  CSIME DARBY8:45N. SEMBILAN
  CFELDA UNITED8:45PERAK
  DSARAWAK8:15T-TEAM
  DPAHANG8:15SELANGOR
Jadual Perlawanan Keenam Peringkat kumpulan Piala Malaysia2012(Pusingan kedua)
HARITARIKHKUMPULANPASUKANSKORPASUKAN
JUMAAT14/9/2012AJOHOR8:45PKNS
  ALIONS XII7:45JOHOR FC
  BATM8:45KEDAH
  BKELANTAN8:45TERENGGANU
  CN. SEMBILAN8:45FELDA UNITED
  CPERAK8:45SIME DARBY
  DT-TEAM8:45PAHANG
  DSELANGOR8:45SARAWAK
Jadual Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia2012
HARITARIKHPASUKANSKORPASUKAN
JUMAAT28/9/2012NAIB JUARA DJUARA A
NAIB JUARA CJUARA B
NAIB JUARA BJUARA C
NAIB JUARA AJUARA D
Jadual Perlawanan Suku Akhir kedua Piala Malaysia2012
HARITARIKHPASUKANSKORPASUKAN
JUMAAT5/10/2012JUARA A NAIB JUARA D
  JUARA B NAIB JUARA C
  JUARA C NAIB JUARA B
  JUARA D NAIB JUARA A
Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysua (8 Oktober)
PEMENANG 1 VS PEMENANG 3
PEMENANG 2 VS PEMENANG 4
Jadual Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia2012(12 Oktober)
PEMENANG 3 VS PEMENANG 1
PEMENANG 4 VS PEMENANG 2
Jadual Perlawanan Akhir / Final Piala Malaysia (20 Oktober)
PEMENANG 3 / 1 VS PEMENANG 2 / 4

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link