Friday, December 21, 2012

Analisa prestasi Sarawak pada musim 2011

Peningkatan ketara pasukan Sarawak memberikan hasil. Sarawak berjaya mendapatkan khidmat ketua jurulatih Robert Albert di pertengahan musim liga. Pasukan Sarawak juga berjaya memancing goal-machine Bobby Gonzales untuk saingan kali ini.  

Percaturan Sarawak nyata tidak sia-sia apabila Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring utama dengan menjaringkan 16 gol pada musim tersebut. Hanya 3 gol dibelakang pemenang kasut emas dari pasukan MP Muar iaitu Mohd Fitri .

Sarawak berjaya layak ke Liga Super setelah menduduki tempat ke-2 dalam Liga Perdana Malaysia musim 2011. 

Hasrat Bobby Gonzales untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan tidak kesampaian. Maybe K Rajagopal tak nampak bakat beliau =)

Apabila dilihat prestasi pasukan Sarawak ternyata peningkatan yang sangat luar biasa. Dengan kehadiran Bobby Gonzales bergandingan dengan Zamri Morshidi, rangkaian ini berjaya menghasilkan 51 jaringan gol dari 22 perlawanan.

Secara puratanya 2.3 jaringan gol pada setiap perlawanan. 

Barisan pertahanan yang dikekalkan iaitu Mazwandi Zakeria, Dzuladzlan Ibrahim, Hairol Mokhtar & Shahran Samad berjaya menyekat asakan lawan dan hanya dibolosi sebanyak 16 gol! Satu jumlah jaringan yang paling sedikit dalam tempoh 5 tahun!

Inilah tunjang utama kekuatan Sarawak sejak dari zaman Alan Vest. Persefahaman memakan masa yang agak lama. Buktinya agak kukuh skuad veteran Sarawak berjaya melangkah ke final Piala FA.

Tewas 1-0 di tangan Selangor
 

KedPasukanPerMSKGJGBGDMata
Kelayakan atau penyingkiran
1PKNS FC (C) (P)221831517+4457Naik ke Liga Super Malaysia 2012
2Sarawak FA (P)2215345116+3548
3PDRM FA2212373628+839
4Johor FA2211383725+1236
5Sime Darby FC2210572212+1035
6USM FC2211293230+235
7ATM FA229762622+434
8Muar Municipal Council FC2284102942−1328
9Pos Malaysia FC227692636−1027
10Harimau Muda B2255122428−420
11Sinar Dimaja Mai Sarah FC (R)2232172263−4111Jatuh ke Liga FAM Malaysia 2012
12Penang FA (R)2211201461−474
Penjaring Terbanyak: Bobby Gonzales (16 Gol)

Kehadiran Bobby Gonzales menambah sengat di jentera serangan

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link