Tuesday, December 4, 2012

Transfer News: Safee Sali Sertai Johor?



Khabar angin bertiup kencang mengatakan Penyerang Sensasi Negara, Safee Sali bakal menyertai Johor.



Safee ditawarkan gaji paling lumayan iaitu sebanyak AS$15,000 (RM45,752) sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).


"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.
Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya," katanya.
Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.
Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.
Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.
Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.
Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link