Thursday, February 3, 2011

Legendary Shamsurin Abdul Rahman



Ketika zaman persekolahan rendah saya, nombor jersi yang menjadi rebutan pada ketika itu ada 2 iaitu nombor 9 dan nombor 14. Mengapa?? Kerana pada era ENCANG SARWAK ENCANG (1992 - 2003) merupakan zaman kemuncak bolasepak Sarawak & player kegemaran pada masa itu antaranya Shamsurin Abdul Rahman & Affendi Julaihi... 

Menjadi idola era Alan Vest
Beliau telah bermain sebanyak 5 musim dengan pasukan negeri asalnya Melaka & 7 musim dengan pasukan Bujang Senang.. Ramai yang tidak tahu bahawa pada asalnya beliau sebenarnya pada asal bermain di posisi pertahanan (kiri, kanan & tengah)! Beliau hanya menjadi famous di posisi serangan setelah menerajui jentera serangan Sarawak yang diketuai oleh John Hunter.. 

Saya masih ingat bagaimana set up serangan Sarawak pada ketika itu.. High ball - cushion header daripada John Hunter - Shamsurin finish it up with left foot.. Kedua-dua pasangan striker ini amat digeruni pada ketika itu disebabkan gerakan ini.. 

Bagaimana Alan Vest menemui Shamsurin?

Seingat saya semuanya bermula dalam siri persahabatan pra musim tahun awal 90-an (klak refresh balit memory) Sarawak menentang Melaka.. Perlawanan amat sengit, Sarawak control game.. attack silih berganti tapi buntu kerana goalkeeper Melaka pada masa itu umpama Spiderman.. Shooting lah kemana arah pasti dapat di selamatkan.. Perlawanan berakhir dengan jaringan seri 0-0.. 

Esok keluar dalam local newspaper, Alan Vest berminat menyunting 3 pemain Melaka iaitu Mazelan Wahid (goalkeeper), Ong Kim Swee (midfield) - pindah Sabah 1994 & Shamsurin Abdul Rahman (striker). Satu Sarawak terkejt di sebabkan ketiga-tiga player ini langsung tidak dikenali.. Tapi Sultan (gelaran Alan Vest) dah nampak potensi mereka bertiga dan akhirnya memberikan hasil pulangan yang sangat lumayan.. 

Selepas bermain dengan Sarawak ketiga-tiga player ini menjadi success dengan terpilih mewakili Malaysia & pada ketika ini Ong Kim Swee bertindak sebagai jurulatih Harimau Malaya.. Alan Vest = Alex Ferguson! hehe.. 

Penjaring Terbanyak Sarawak Dalam Satu Match

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Shamsurin Abdul Rahman memegang rekod sebagai pemain Sarawak yang paling banyak mejaringkan gol dalam satu perlawanan iaitu sebanyak 4 gol! Perlawanan ini berlangsung di Stadium Negeri menentang Negeri Sembilan pada tahun 1993-1994 .. Sarawak menang 6-0 (Shamsurin 4 gol & Ong Kim Swee 2 gol)..

Zamri Morshidi - please take note.. Mun kita diat commentator EPL ada jak milestone or history di padah.. Kali tok I dah ngeluar milestone yang u perlu kejar.. =) 

International Career - Malaysia

Selain itu kemuncak kerjaya Shamsurin adalah terpilih mewakili Malaysia di Tiger Cup 1996.. Beliau telah menjaringkan 4 gol dalam kejohanan tersebut! Selain Shamsurin, Affendi Julaihi juga menempa nama dalam sejarah sebagai penjaring gol untuk Malaysia.. After these two sikda lagik dah.. oo tedah 



4 goals

Di mana Shamsurin Sekarang?

Beliau ada di Kuching sekarang! Seriuss!! Beliau telah dilantik menjadi ketua jurulatih Skuad Presiden Cup Sarawak.. (Read More).. 

Beliau telah tercatat dalam sejarah bolasepak Sarawak sebagai penyerang terulung tempatan.. Karier beliau berakhir setelah mengalami kecederaan serius di bahagian ankle ketika mewakili Malaysia di pra-piala dunia di Jeddah.. Setelah itu prestatsi beliau semakin merudum dan berakhirnya karier sebagai salah seorang striker terulung Malaysia sebaris dengan Azman Adnan... 

Terima kasih Shamsurin Abdul Rahman!

3 comments:

Adam Iqbal said...

Apa nombor Jersi Ong Kim Swee tahun 1996?

Joe Jr. said...

Hi bro, very good post. Aku dolok pun sanjung Shamsurin tok, mun men bol di sekolah suka juak buat celebration Shamsurin (tangan depa, polah macam belon). Tapi mintak verify, macam rasa Ramos Sari pernah juak score 4 goal satu match, time ya Sarawak menang 4-0. Can recall?

Hafizul Hakim said...

aok joe Jr.. Ramos score 4 goal dalam satu match 1997 lawan Pahang.. =)

Post a Comment

Followers

Sponsored Link