Wednesday, February 2, 2011

Liga Premier 2011: SARAWAK NGINCAH PENANG 4-0





Kuching - Sarawak mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan pertama apabila merusah Pulau Pinang dengan jaringan 4-0. Pasukan Sarawak mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Wong Sai Kong pada minit ke-32 dan dari bekas pemain U-23 Malaysia iaitu Bobby Gonzales empat minit kemudian selepas penjaga gawang Penang menepis cubaan Zamri Morshidi (ZM7).

Aksi daripada wing kanan Sarawak - Dzulazlan



Sarawak terus ngencang pada lewat babak kedua apabila menambah dua lagi gol hasil jaringan penalti Zamri Morshidi pada minit ke-89 dan curl free kick daripada pertahanan kiri Sarawak Mazwandi Zekeria minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 di Stadium Batu Kawan, Pinang.


Line-up 1st Eleven Sarawak


Subtitution:


Wong Sai Kong - (Hafizal Marzuki)
Syaiful Sabtu - (Shahrizam Mohd)
Bobby Gonzales - (Shahrol Saperi)


Sarawak menurunkan 4 muka baru di perlawanan ini iaitu goalkeeper baru Shahmsul Fahmie, Shahrizan Sahari, Syamsul Sabtu & Bobby Gonzales.. 



Semestinya kemenangan pertama Sarawak di away game memberi semangat yang membara dalam perlawanan akan datang iaitu menentang skuad Harimau Muda yang turut mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan P.Pinang SDM Navy Kepala Batas di Stadium Selayang semalam... 

Berikut adalah kedudukan semasa selepas perlawanan pertama Liga Premier 2011:

Keputusan di venue yang lain


Perlawanan Sarawak selepas ini adalah menentang pasukan Harimau Muda bimbingan Coach Ismail pada Jumaat depan 11 Februari 2011 di Stadium Sarawak.. 


Juh rami-rami ke stadium support Sarawak!!

0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link