Saturday, February 12, 2011

Superb Comeback daripada pasukan Sarawak


Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila seri 3-3 menentang Harimau Muda B, dengan gol Bujang Senang disumbangkan oleh Bobby Gonzales minit ke-45, Ashri Chuchu (70) dan Khairul Azahar Edros (84).

Harimau Muda B pula yang tiga kali berada di depan memperoleh jaringan menerusi D. Saarvindran (27) dan dua gol lagi disumbangkan oleh Mohd. Syafiq Shalihin Mohd. Noor pada minit ke-56 dan 79.

Tiket RM7.. Nasib sik di bisak. Biasa sidak gate bisak nang sikda rupa tiket gik =p

 Sarawak telah melepaskan peluang untuk memenangi perlawanan ini akibat daripada kealpaan serta kerapuhan bahagian benteng pertahanan. Jumlah kedatangan penyokong amat mengalakkan kira-kira 5,000 orang.. Majoriti datang dengan pakaian kerja =) Terima kasih FAM.. 

Pada separuh masa pertama pasukan Harimau Muda mendahului hasil jaringan mudah pada minit ke-27  D. Saarvindran yang juga bertindak selaku kapten pasukan.

Bangkit daripada wake-up call ini pasukan Sarawak terus mengatur serangan bertali arus.. Peluang pertama hadir apabila Bobby Gonzales lolos daripada perangkap offsaid dan berhadapan 1 by 1 dengan penjaga gol tapi penyudahnya meleret keluar ke sebelah kanan pintu gol. xxxxxxzz
xxx
Akhirnya hasil geraka satu dua antara Asri Chu Chu dengan Mazwandi Zakaria, serta susulan cross  low &hard menemui Bobby Gonzales yang membuat turning dan melakukan rembatan ke penjuru sebelah kanan gawang Harimau Muda.. GOALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!! Kedudukan menjadi 1-1.. 





Tamat separuh masa pertama..

Pada separuh masa ke-2, kedua-dua pasukan melakukan serangan.. Harimau Muda kelihatan begitu berbahaya melalui pemain berjersi no 9 iaitu Mohd Syafiq Salihin. Pada ketika Sarawak leka melakukan serangan, pemain no 9 ini hampir-hampir menjaringkan gol akibat kegagalan Mohd Hairol Mokhtar melakukan clearance, akan tetapi tindakan Mohd Syafiq yang terlalu awal membuat chip tergolek keluar ke sebelah kiri gol Sarawak.. selamat!.. 

Sejurus selepas itu pasukan Harimau Muda banyak melakukan serangan dari sebelah kanan. Mereka dapat melihat Fareez Tukijo (jersi 6) begitu gugup dan kerap melakukan kesilapan hantaran. Mintak maap pok bukan nak nganok tapi tok lah view kamek orang dari sebelah padang.. harap ambik positive side.. 

Gol kedua Harimau Muda berpunca daripada sepakan sudut. Kegagalan pemain Sarawak closing down pemain lawan & melakukan clearance membuka ruang kepada Mohd Syafiq (No 9) melakukan tendangan deras leret menewaskan penjaga gawang Sarawak yang kelihatan 'slow' gilak nya pun reaction.. 2-1 Harimau Muda mendahului.. 

Mohd Zaki pantas melakukan pertukaran dengan menukarkan Zamri Morshidi dengan Shahrol Saperi (vice captain) & Bobby Gonzaled dengan Khairol Azahar Edros (No 20).. 

Gol kedua pasukan Sarawak terhasil juga daripada gerakan di sebelah kiri apabila crossing daripada Shahrol Saperi menemui Khairol Azahar yang melakukan tandukan kencang.. Bola seakan-akan keluar tapi kesilapan penjaga gol yang melakukan tampanan kurang kemas. Bola muntah tepat ke kaki Asri Chu Chu yang melepaskan rembatan kencang dari sebelah kanan untung menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 70.. GOALLLLLLLLLLLLLLLLLL!!



Sekali lagi pasukan Sarawak dalam posisi menguasai perlawanan. Gerakan daripada both winger Dzulazlan & Asri Chu Chu kerap mengucar-ngacirkan pertahanan Harimau Muda.. Wong Sai Kong & Syaiful Sabtu juga rajin turun dan naik membantu serangan. 

Namun begitu kesilapan Maswandi yang melakukan hantaran mengundang padah.. Bola dirampas oleh winger kanan Harimau Muda yang melakukan cross tepat kepada Mohd Syafiq yang tidak dikawal rapi oleh Fareez Tukijo & hanya menampan lemah bola tersebut. Goalkeeper Sarawak sekali lagi melakukan aksi 'slow' reaction dan menampan lemah bola masuk ke gawang.. Harimau Muda lead 3-2 pada minit ke-79.. 

Pada ketika Sarawak di ambang kekalahan.. Asri Chu Chu sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan Harimau Muda.. Gerakan lincahnya di sebelah kiri menghasilkan tendangan sudut.. Sepakan sudut dari Wong Sai Kong berjaya di tampan keluar oleh GK Harimau Muda.. Bola singgah ke kaki Shahrizam Mohamad yang membuat first timer tapi terbias ke badan pertahanan Harimau Muda. Bola tersebut tepat kepada Khairol Azahar Edros yang tidak mensia-siakan peluang keemasan & melakukan finishing superb ke sebelah kanan gawang Harimau Muda.. GOALLLLLLLLL 3-3 pada minit ke-84! 



Sarawak terus melakukan serangan akan tetapi sudah terlambat dan perlawanan berkesudahan seri 3-3..

A wonderful comeback ditonjolkan oleh pemain-pemain Sarawak. 3 kali ketinggalan tapi bangkit menyamakan kedudukan. Bahagian pertahanan perlu diperkemaskan lagi segera untuk mengelakkan jaringan mudah seperti ini. Penjaga gawang juga kelihatan BERAT gilak.. Reaction sangat lambat dan perlu di polish dengan segera.. Pujian terhadap jentera serangan & midfield yang tidak ketandusan idea untuk merobek pertahanan Harimau Muda.. 

Bagi saya Man of the Match adalah wing kiri Sarawak .. Asri Chu Chu! 


0 comments:

Post a Comment

Followers

Sponsored Link