by Firdaus Bin Mohamad on Friday, February 18, 2011 at 9:57pm
PREVIEW PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2011
ATM vs SARAWAK
JAM 4.15 PM, STADIUM SELAYANG.
The Crocs akan meneruskan perjuangan musim ini dengan bertandang ke stadium Selayang jam 415 petang esok menentang “soldadu pelindung bangsa” dalam pusingan pertama kalah mati Piala FA. Piala FA yang dijuarai pada tahun 1992 adalah silverware yang akan terus menjadi nostalgia dan kenangan buat seluruh peminat Sarawak.
Kedua-dua pasukan Sarawak dan ATM memulakan musim baru ini dengan cemerlang dengan masing-masing mengumpul 7 mata setelah mengharungi 3 perlawanan dan hanya kelebihan jaringan gol meletakkan Sarawak di tangga kedua setakat ini.
Setelah bermula garang dengan membenam skuad Harimau Kumbang 4-0 dalam perlawan pertama, The Crocs hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 dengan adik-adik Harimau Muda B. The Crocs bangkit dalam perlawanan ketiga dengan meneruskan trend jaringan besar dengan membaham SDM Navy 3-0.
Serangan Sarawak yang diketuai dynamic duo Zamri- Bobby yang setakat ini berjaya meledak 7 gol dilihat agak ampuh dan mampu untuk merobek gawang ATM. Larian-larian kencang daripada Dzulazlan dan Asri Chu Chu di sebelah sayap bakal memberi ammunition yang cukup dan mengkucar kacirkan barisan pertahanan ATM. Wong Sai Kong dan Syaiful Sabtu di harap dapat menjadi nadi untuk menggerakan barisan tengah The Crocs. Satu aspek yang menggalakan pada musim berbanding musim-musim lalu adalah in depth skuad Sarawak.
Barisan pemain simpanan yang berkualiti seperti superSharol Saperi ,superET serta Azizan Saperi ( adik superSharol) boleh dibawa masuk untuk mengubah corak permainan. Coach Zaki juga mempunyai pilihan untuk memasukkan impact playersseperti bakat muda Rayjal Jalil,anak kepada legenda The Crocs Jalil Ramli serta Khairul Edzhar Eidros yang menjadi tunjang serangan MP Muar musim lepas.
Barisan depan ATM yang diketuai pemain no.10 VENICE ELPHI AK DANNYKAYA serta pemain licik berpengalaman Faturazi Rozi bakal membawa ancaman kepada barisan pertahanan The Crocs. Barisan pertahanan yang terdiri daripada Fareez Tukijo, Hairol Mokhtar, Shahrizam Mohamad serta Maswandi Zakaria harus lebih fokus dan tidak mudah hilang tumpuan seperti melepaskan 3 gol ketika bertemu Harimau Muda B tempoh hari. ATM bakal membawa cabaran serta ancaman yang berbeza daripada lawan-lawan sebelum ini.
Kamek agak confident team boleh polah kejutan kat tempat lawan esok. Kekuatan pun sik jauh beza,minak harap team sik kalah bulu jak ngan ATM. Benda-benda kecik macam mistakes and moment of brilliance from any players might decide this encounter.AYUH PEMEGANG IC NO 13,JUH KITA GEGARKAN STADIUM SELAYANG !!
Selamat berjuang wira-wira bangsa!! RESULT BELAKANG KIRA, SEMENGATTT MAOK ADA!!! NGAP AJAK!!
0 comments:
Post a Comment